VIDEO: Ikat Man Utd Di Old Trafford, Sarri Puas Hati Pencapaian Keseluruhan Chelsea

Maurizio Sarri dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Manchester United mengatakan bahawa Chelsea sama sekali tidak akan dianggap pasukan yang gagal sekirangnya tidak berjaya mendapat tempat untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Chelsea terlepas peluang untuk menyamai kutipan 70 mata dimiliki Tottenham Hotspurs  selepas terikat 1-1 bertemu United di Old Trafford semalam.

Keputusan seri itu juga merencatkan usaha Chelsea untuk menjarakkan mata dengan Arsenal yang berada ditempat kelima selepas kelab itu tewas 0-3 keatas Leicester City .

Ketika diajukan soalan apakah Chelsea akan dianggap pasukan yang gagal sekirangnya tidak berjaya ke saingan UCL musim depan, Sarri berkata, “Tidak. Kami bermain perlawanan akhir.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 28: Maurizio Sarri, Manager of Chelsea signals during the Premier League match between Manchester United and Chelsea FC at Old Trafford on April 28, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Kesilapan De Gea

Dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford pada malam tadi, skuad kendalian Sarri ketinggalan seawal minit ke-11 oleh gol jaringan Juan Mata.

Gerakan menarik Luke Shaw menyaksikan larian oleh bek kiri England itu disudahkan dengan satu hantaran yang menemui Mata – untuk bekas pemain Chelsea itu memberikan pendahuluan buat United.

Namun kesilapan oleh David de Gea sebelum tamat babak pertama perlawanan, berjaya dimanfaatkan oleh Marcos Alonso yang mudah menolak masuk bola muntah hasil rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Antonio Rudiger.

Keputusan tersebut mengekalkan Chelsea sebagai antara pesaing utama untuk slot ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan – tatkala United wajib menang baki dua perlawanan dan bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan pasukan lain.

Chelsea kini menduduki tangga ke-4 liga – dua mata mengatasi Arsenal di tangga ke-5, dan dua mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tangga ke-3 dengan 70 mata.

Peluang masih ada

Bagaimanapun, pengurus berusia 60 tahun itu tetap yakin, selain perlu mengharapkan kedudukan ketiga dan keempat liga, Chelsea juga mempunyai harapan untuk melayakkan diri secara automatik ke saingan UCL dengan cara memenangi gelaran Liga Europa musim ini.

The Blues menjadi pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Europa selepas kelab itu akan bertemu wakil dari Jerman, Eintracht Frankfurt diperingkat separuh akhir.

Sarri bagaimanapun mengakui ianya adalah musim yang sukar untuk Chelsea pada musim ini.

“Kami kalah penalti di perlawanan akhir [Piala Carabao], kami berada di separuh akhir Piala Europa, dan kami sedang memburu empat pasukan terbaik. Jadi musim ini bagus untuk Chelsea.”

“Jika kita boleh sampai ke perlawanan akhir, maka kita mahu memenangi perlawanan tersebut. Dan saya fikir musim ini, ketika ini, adalah baik. Sudah tentu, musim yang sangat sukar.”

Kredit Video: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN