VIDEO: Hatrik Karim Benzema Beri Kemenangan 3-0 Real Madrid Keatas Athletic Bilbao

Benzema

Real Madrid mencatatkan kemenangan ke-20 dalam saingan La Liga musim ini selepas berjaya menewaskan Athletic Bilbao 3-0 di Santiago Bernabeu.

Kemenangan itu dibantu ledakan hatrik penyerang utama, Karim Benzema yang telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan terakhir buat Real Madrid.

Ketiga-tiga gol daripada pemain berusia 31 tahun itu menjelma pada separuh masa kedua selepas ketandusan jaringan di 45 minit pertama perlawanan.

MADRID, SPAIN – APRIL 21: Karim Benzema of Real Madrid CF beats Iago Herrerin of Athletic Club to score Real’s first goal during the La Liga match between Real Madrid CF and Athletic Club at Estadio Santiago Bernabeu on April 21, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Gol pembukaan terhasil di minit ke-47 selepas Benzema menanduk masuk bola berpunca daripada hantaran lintang di sebelah kanan pintu gol Bilbao yang dilakukan Marco Asensio.

Benzema melebarkan kedudukan pada minit ke-76 juga menerusi tandukan bagi menyempurnakan sepakan percuma diambil Luka Modric.

Malam gemilang buat bekas pemain skuad kebangsaan Perancis itu apabila berjaya melengkapkan hatrik pada minit ke-90.

Real Madrid kekal ditangga ketiga saingan La Liga selepas mengumpul 64 mata, ketinggalan empat mata dibelakang Atletico Madrid manakala berkelebihan 10 mata meninggalkan Getafe ditangga keempat.

Bagi Karim Benzema, beliau kini telah berjaya menghasilkan 21 gol, menjadikannya sebagai penjaring kedua terbanyak La Liga musim ini dibelakang Lionel Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN