VIDEO: Gol ‘One-Touch Combination Play’ Safawi Rasid, Buat Selangor Gigit Jari

Barisan serangan ampuh. Corak permainan beteraskan fluidity. Kombinasi permainan yang mantap. Bagaimana lagi kita mahu menjelaskan jentera serangan ampuh milik finalis Piala Malaysia 2019, JDT?

Mungkin keterlaluan untuk kita melabel JDT sebagai sebuah pasukan yang sempurna. Tetapi mengapa tidak jika saingan domestik Liga Malaysia yang kita perbincangkan.

Sama ada anda adalah seorang penyokong JDT atau pun penyokong pasukan lain, bagi yang neutral dan mengemari bola sepak atas nama ‘the beautiful game’, JDT sentiasa menampilkan corak permainan menghiburkan, dan gol-gol yang boleh dianggap berkualiti tinggi.

Tatkala rata-rata pasukan lebih gemar bermain dengan menggunakan seorang target man di barisan hadapan, JDT menampilkan corak permainan berbeza dengan kombinasi hantaran satu sentuhan menarik.

Sudah tentu corak permainan sebegini adalah hasil latihan intensif dan bukti barisan kejurulatihan JDT mempunyai pelan taktikal yang tersusun untuk perlawanan ini. Untuk itu, kredit harus diberikan kepada Ketua Jurulatih, Benjamin Mora.

Saya memang agak penat kerana baharu pulang dari bermain untuk skuad kebangsaan. Namun bagi diri saya sendiri, ia tidak…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, October 26, 2019

Gol pembukaan Safawi Rasid pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Selangor pada malam tadi adalah contoh kepada keberkesanan corak permainan dan DNA bola sepak yang ditampilkan oleh skuad Harimau Selatan itu.

Dan ini sudah menjadi kebiasaan untuk JDT. Selangor misalnya pada musim ini, dua kali terkena hasil gerakan yang identikal.

Menariknya kedua-dua gol tersebut dijaringkan di Stadium Shah Alam.

Saksikan video yang kami sediakan untuk anda:

Gol One-Touch Combination Play JDT VS SEL

Bukan sekali Selangor terkena dengan corak permainan serupa oleh JDT pada musim ini.

Kredit: MFL melalui Twitter @juanbudiman

Posted by Axello.net on Sunday, October 27, 2019

Kredit Video: MFL melalui perkongsian Twitter @juanbudiman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN