Video: Gerakan Tanpa Bola Mbappe vs Bayern Yang Efektif

Johan Cruyff berkata, purata pemaian dengan bola adalah 3 minit, 87 minit lagi adalah tanpa bola. Jadi, amat penting untuk pemain tahu apa yang harus dilakukan ketika tanpa bola.

Dalam perlawanan di antara PSG dan Bayern Munich dalam UCL pertengahan minggu yang lalu, Kylian Mbappe menjadi watak penting di dalam kemenangan tersebut.

Beliau menjadi dinamik kepada sistem pergerakan PSG. Berikut adalah beberapa aksi tanpa bola Kylian Mbappe dalam perlawanan tersebut.

Mbappe Efektif dalam mencipta ruang dan juga memberikan opsyen kepada rakan beliau dengan gerakan-gerakan tersebut. Saksikan di sini:

https://twitter.com/WesBeuvink/status/913284461986549760

Kerajinan Mbappe itu mendapat pujian bukan sahaja daripada penyokong PSG bahkan daripada penyokong-penyokong pasukan lain.

Maka tidak hairanlah pemain seperti Di Maria mahupun Draxler berada di bangku simpanan buat masa ini.

Ia adalah ‘tactically brilliance’ oleh pemain muda Perancis yang akan menjadi pemain kedua termahal di dunia secara rasmi pada 2018 kelak kerana beliau buat masa ini masih dengan status pemain pinjaman.

PSG akan membayar harga beliau pada musim hadapan untuk memastikan mereka tidak melanggar FFP selepas mendapatkan Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN