VIDEO: ‘Footage’ Bilik Persalinan Di Anfield Antara Yang Terdapat Dalam Dokumentari Barca

FC Barcelona menerbitkan satu dokumentari khas bersama rakan penaja mereka, Rakuten. Dokumentari yang memaparkan perjalanan mereka sepanjang musim 2018/19.

Dokumentari tersebut akan ditayangkan kepada umum dalam 8 episod. Banyak detik melibatkan Barcelona akan ditayangkan termasuk ketika di bilik persalinan.

Peminat akan dapat menyaksikan dokumentari tersebut akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Apa yang menarik perhatian kami adalah, dalam video promosi mereka, antara detik yang dipaparkan adalah keadaan di bilik persalinan ketika terkena remontada oleh Liverpool ketika di Anfield.

Satu malam UCL yang tidak akan dilupakan oleh peminat. Di mana Barcelona mendahului 3-0 dalam perlawanan pertama. Tetapi tewas 4-0 di Anfield, 2 gol daripada Origi dan 2 gol daripada Wijnaldum.

Tidak lupa sepakan penjuru kilat yang ikonik oleh Trent Alexander-Arnold.

Ia dianggap antara kebangkitan luar biasa dalam sejarah EPL, dilakukan oleh anak buah Jurgen Klopp. Liverpool mara ke final dan menjuarai UCL ke-6 dalam sejarah kelab mereka.

Ternyata ramai yang sudah tidak sabar-sabar untuk menyaksikan dokumentari ini. Terutama sekali mereka yang mahu menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku kepada Barcelona ketika di Anfield.

Barcelona menamatkan musim lalu dengan kejuaraan La Liga, naib juara Copa Del Rey dan juga menjadi semifinalis UCL.

Lionel Messi antara pemain yang terus cemerlang pada musim lalu. Beliau menjadi penjaring dan pencipta gol terbanyak.

Rekod yang membolehkan Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk kali ke-6.

Anda boleh saksikan video promosi di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN