Video: Dmitri Oberlin Jadi Usain Bolt Untuk Menjaringkan Gol

Dalam kemenangan bergaya FC Basel ke atas Benfica semalam, Dmitri Oberlin menarik perhatian dunia dengan larian deras ala Usain Bolt beliau.

Oberlin adalah pemain pertama mengeluarkan bola dari kota penalti pasukan beliau dan dia terus berlari sehigga ke kotak penalti lawan dengan kelajuan luar biasa.

Oberlin mengambil masa 12 saat dari detik beliau mengeluarkan bola dan menjaringkan gol.

Oberlin cemerlang menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Dan untuk penggemar permainan FIFA, pasti anda berkira-kira untuk membeli pemain ini kerana beliau murah.

Tetapi kami nak beritahu anda yang Oberlin hanya ada 78 pace dalam FIFA 18.

Dmitri Oboltlin?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN