Video Berdurasi 3 Minit Papar Pertempuran Pemain Boca Juniors Dengan Polis Brazil

Boca Juniors disingkirkan dari pertandingan Copa Libertadores oleh Atletico Mineiro pada Selasa, tetapi kedua-dua pasukan kini berisiko dikenakan denda akibat insiden panas ketika dan selepas tamat perlawanan yang berlangsung di Belo Horizonte.

Pihak polis Brazil dipercayai menyembur gas pemedih mata ke arah pemain-pemain Boca Juniors yang marah di hadapan bilik persalinan pasukan. Melalui rakaman sebuah video yang mulai tular, pemain-pemain Boca dilihat mengalami kesukaran bernafas akibat tindakan polis, sambi menjerit dan memaki pihak penguatkuasa.

Media digital Brazil, Globesporte melaporkan pemain Boca cuba untuk masuk ke bilik persalinan pasukan tuan rumah, di mana pegawai perlawanan bersembunyi.

Pemain kedua-dua pasukan sebelum itu turut bercakar antara satu sama lain selepas keputusan Video Assistant Referee (VAR) menafikan Boca jaringan yang dipercayai sah untuk kali kedua dalam perlawanan.

Perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik di Miniero itu berakhir dengan keputusan 0-0, dan Atletico mara ke pusingan seterusnya selepas menang 3-1 melalui penentuan sepakan penalti. Perlawanan pertama di Buenos Aires pada minggu lalu turut berkesudahan tanpa jaringan, dan Boca turut bernasib malang apabila jaringan mereka dibatalkan VAR.

Ditanya sama ada mutu pengadilan adalah punca pasukan mereka tersingkir, pemain tengah Boca, Diego Gonzalez menjelaskan: “Tiada keraguan semua pihak dapat melihat perkara itu. Kami menjaringkan gol yang hebat, dan hakikatnya kami juga sepatutnya menang perlawanan pertama juga.

“[Kekalahan] ini amat menyakitkan, dan kami merasakan diri amat teruk. CONMEBOL harus bertindak melakukan sesuatu untuk mutu pengadilan.”

Keadaan tegang semakin memuncak pada baba kedua perlawanan apabila pengadil memutuskan untuk menyemak rakaman VAR untuk gol yang dibatalkan.

Pihak berkuasa Brazil bertempur dengan pemain Boca Juniors yang cuba menghampiri pengadil, dan pembantu jurulatih kedua-dua pasukan turut dilayangkan kad merah.

Penjaga gol Atletico, Everson dianggap wira pasukan selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Boca sebelum menjaringkan penalti yang memastikan kemaraan pasukannya ke suku akhir.

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa:

Mampukah Gandingan Messi-Aguero-Depay Menandingi Kehebatan Trio MSN?

Mengapa Bruno Fernandes Jalani Latihan Pra Musim Sendirian Di Boavista?

Belum Pun Sah Sertai Man Utd, Raphael Varane Sudah Kena Troll Penyokong Lawan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply