VIDEO: Aubameyang Hukum Watford Untuk Kembali Lonjak Arsenal Empat Teratas

Dua kesilapan besar oleh Watford membantu kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Watford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.

Pertama, ia membabitkan insiden melibatkan penjaga gol, Ben Foster. Kemudian kad merah yang diangap sia-sia diterima oleh Troy Deeney – kedua-duanya membantu Arsenal untuk melonjak kembali ke kedudukan ke-4 liga.

Kesilapan Foster

Kesilapan oleh Foster memberikan gol pendahuluan kepada The Gunners selepas 10 minit aksi berlangsung.

Mengambil masa terlalu lama untuk mengambil hantaran ke belakang rakan sepasukan, ia membenarkan Pierre-Emerick Aubameyang untuk menghalang hantaran penjaga gol itu, sebelum bola bergolek ke gawang Watford.

WATFORD, ENGLAND – APRIL 15: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal closes down Ben Foster of Watford and scores the winning goal during the Premier League match between Watford FC and Arsenal FC at Vicarage Road on April 15, 2019 in Watford, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Seminit kemudian, kapten pasukan, Deeney dilayangkan kad merah kerana menghayunkan tangan ke arah muka pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira.

Kedua-duanya adalah aksi tidak masuk akan dari kedua-dua pemain yang nyata membawa padah kepada pasukan.

Watford tetap lawan

Walaupun beraksi dengan 10 pemain untuk baki 80 minit seterusnya, Watford harus diakui adalah pasukan yang lebih dominan dalam perlawanan ini. Percubaan Adam Masina misalnya, sekadar mengegarkan palang di separuh masa kedua.

Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno turut beraksi cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat untuk menafikan usaha dari Watford.

WATFORD, ENGLAND – APRIL 15: Bernd Leno of Arsenal gathers the ball during the Premier League match between Watford FC and Arsenal FC at Vicarage Road on April 15, 2019 in Watford, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Antaranya, Leno berjaya menafikan percubaan Craig Cathcart dengan kaki sejurus selepas layangan kad merah yang diterima Deeney, dan kemudiannya menafikan sepakan percuma Etienne Capoue.

Pemain pertahanan Arsenal, Ainsley Maitland-Niles turut berjaya melakukan hadangan penting dalam menafikan percubaan oleh Andre Gray yang sebelum itu berjaya melepasi Leno.

Arsenal bernasib baik?

Nasib mungkin dikatakan menyebelahi Arsenal. Namun aksi bahagian pertahanan mereka wajar dipuji.

Peluang terbuka untuk pasukan pelawat hanya hadir pada pertengahan babak kedua, namun voli oleh Henrikh Mkhitaryan berjaya dihalang oleh Foster dari jarak dekat.

Jelas sekali ia tiga mata yang sangat berharga dalam membantu Arsenal mencari tempat ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN