VIDEO: Aksi Berani Ederson Tinggalkan Posisi Penjaga Gol Untuk Beraksi Sebagai Pemain Tengah

Kerjasama Semuanya BOLA

Secara teknikal Ederson beraksi sebagai pemain tengah buat seketika untuk Manchester City dalam kemenangan 3-0 ke atas Wolves. Namun demikian, lagak penjaga gol itu tidak menggusarkan pengurus pasukan, Pep Guardiola.

Ederson adalah penjaga gol yang boleh beraksi seperti seorang sweeper – dan ia adalah kelebihan yang hanya akan membawa kebaikkan kepada City.


Tidak syak lagi Ederson adalah salah seorang penjaga gol baka ball playing goalkeeper terbaik dunia seperti Alisson dan juga Manuel Neuer.

Aksi Ederson

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Ederson berada betul-betul di bahagian tengah padang, beraksi dengan bola dikaki bersama-sama rakan sepasukan yang lain – dan sekurang-kurangnya dua pemain Wolves berada berdekatan.

Sebelum itu pemain antarabangsa Brazil itu berlari dan menerjah keluar dari kotak penalti untuk memenangi bola – sebelum bertukar-tukar hantaran dengan Ilkay Gundogan di bahagian bulatan tengah padang.

Guardiola gembira

Selepas tamat perlawanan, Guardiola berkata: “Saya gembira beliau berada di garisan atas. Penjaga gol perlu melindungi bahagian empat pertahanan dan hantaran jauh beliau adalah menakjubkan.

“Adama [Traore] mungkin adalah pemain terpantas yang pernah saya saksikan sebelum ini. Jadi ianya adalah perkara yang bagus. Beliau membuat keputusan [berbuatbuat demikian] dan ianya tidak ada masalah. Tetapi anda harus mengambil risiko dan ianya tidak mudah.

“Apabila beliau berbuat demikian, sebenarnya ia membuatkan kami bermain lebih baik. Kami sukakan Ederson dan keistimewaan beliau. Kerana itulah tindakan tersebut tidak menjadi masalah buat saya atau pasukan.”

Saksikan rangkuman aksi Ederson seperti di pautan di bawah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram