[VIDEO]: Ajax Cairkan Trofi Kejuaraan Eredivisie, Edar Cebisan Berbentuk Bintang Kepada Penyokong

Juara Liga Eredivisie Belanda yang baru dinobatkan, Ajax Amsterdam bertindak mencairkan trofi kejuaraan yang mereka menangi pada musim ini untuk dikongsi bersama penyokong-penyokong mereka.

Langkah itu diumumkan hari ini, dan inisiatif mencairkan trofi tersebut adalah untuk membentu 42,000 kepingan berbentuk bintang yang digelar “champions stars”.

Kesemua 42,000 kepingan bintang tersebut akan diedarkan kepada semua pemegang tiket bermusim kelab itu dalam beberapa hari yang mendatang.

Ia adalah untuk meraikan kejuaraan ke-35 Ajax dalam liga domestik. Setiap penyokong akan menerima kepingan berbentuk bintang berwarna keemasan yang seberat 3.46gram. 0.06 gram daripada kandungan bintang tersebut diambil dari trofi kejuaraan yang dicairkan.

“Musim ini, kami bermain tanpa penyokong kami. Mereka tidak berada di tempat duduk [dalam stadium],” kata Pengarah Kelab, Edwin van der Sar dalam satu kenyataan rasmi oleh kelab Belanda itu.

“Walaupun demikian, kami tetap merasakan sokongan mereka setiap minggu. Dalam perjalanan ke stadium [pada hari perlawanan], di media sosial, dan juga melalui hubungan secara peribadi bersama penyokong.

https://twitter.com/AFCAjax/status/1392397886403485699

“Sebelum ini kami katakan ‘kejuaraan ini adalah untuk anda’, ia adalah kata-kata kami gunakan untuk meluahkan [penghargaan] kepada penyokong.

“Namun untuk berkongsi terus trofi kejuaraan membuktikan siapa diri kita sebenarnya. Selepas tahun-tahun yang sukar, kami mahu memastikan setiap penyokong menjadi sebahagian daripada kejuaraan ini.”

Ajax turut mengesahan disebabkan musim yang luar biasa pada musim ini, pihak Persatuan Bola Sepak Belanda, (KNVB) bersetuju untuk memberikan sebuah lagi trofi dalam bentuk replika kepada Ajax, yang akan dipamerkan di kabinet trofi milik kelab.

 

Baca artikel lain berkaitan Ajax melalui pautan:

VIDEO: Ajax Menjaringkan Salah Satu Gol Berpasukan Terbaik Musim Ini

Kejuaraan Eredivisie Ke-34 Ajax Amsterdam Istimewa Khas Untuk Nouri Abdelhak

24 November 1980: Hari Johan Cruyff Turun Menentang Indonesia Di Stadium Senayan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN