Di Sebalik Pergolakan, ‘Budak-Budak’ Ini Menjadi Perkara Terindah Untuk Venezuela

Sejak beberapa bulan di Caracas, ibu negara Venezuela dipenuhi dengan bunyi bising dan jeritan demonstrasi daripada golongan pekerja.

Protes golongan berhaluan kiri yang membantah korupsi dan tekanan daripada kerajaan. Ada protes yang menjadi sangat agresif dan bahaya.

Dalam 2 bulan terakhir ini kira-kira 1,000 orang cedera dan lebih 400 orang telah ditahan kerana protes.

Seorang nenek tua berusia 66 tahun, Millagros di Astudillo menyatakan, setiap hari dia dalam ketakutan dan kesedihan. Dia berkata:

“Saya melihat kota ini semakin teruk. Adakah sudah tidak ada benda baik lagi akan berlaku untuk negara ini?”

“Tiba-tiba saya terdengar jeritan cucu saya meraikan sesuatu. Dia memberitahu saya yang pasukan bola sepak muda kami ke final Piala Dunia (B-20).”

“Hari itu saya tahu yang tidak semua tentang negara ini teruk. Tidak! Kami sedang meraikan kejayaan Vinotinto di final.”

Senario ini bukanlah asing untuk negara-negara Amerika Selatan. Walau macamana teruk sekalipun pergolakan di dalam negara mereka.

Segala perbezaan pendapat, politik dan juga sentimen itu akan dilupakan seketika kerana bola sepak.

Itu yang berlaku kepada Brazil sebelum ini, Argentina dan beberapa negara lagi. Kini giliran Venezuela pula.

Semangat pasukan B-20 mereka yang cemerlang di setiap perlawanan peringkat kumpulan termasuk separuh akhir menentang Uruguay adalah detik yang mereka untuk lupakan masalah dalam negara untuk 90 minit dan meraikannya.

Di kem Venezuela, pemain-pemain B-20 tahun yang digelar ‘budak-budak’ oleh peminat bola sepak Venezuela juga setiap hari mahu menghadiahkan kemenangan kepada negara mereka.

Mereka telah menutup sedikit kesedihan dan ketegangan di negara mereka dengan aksi memukau di atas padang.

Mereka tahu, mereka bukanlah pasukan besar di dalam kejohanan ini. Tapi kali ini niat untuk ‘menggembirakan’ ibu bapa, saudara-mara, rakan dan rakyat Venezuela di negara mereka seakan-akan dikurniakan dengan keajaiban.

Mereka mara buat pertama kali ke final Piala Dunia B-20 tahun.

Sebuah akhbar di Venezuela menganggap ia pencapaian ‘rare’ dalam bola sepak mereka. Pasukan senior mereka adalah satu-satunya dari Amerika Selatan yang tidak pernah layak ke Piala Dunia.

Venezuela dan Ecuador menjadi hanya 2 negara yang masih gagal memenangi Copa America.

Mereka kebanyakannya lahir dari sistem bola sepak yang bermasalah dari segi kewangan. Kekurangan dana untuk fasiliti. Ekonomi negara mereka ada inflasi yang teruk.

Pada petang ini waktu Malaysia, mereka akan berhadapan dengan pasukan yang memiliki liga paling kaya di dunia iaitu England. Bahkan liga belia di England mungkin berpuluh kali ganda lebih mewah daripada liga mereka.

Bekas penjaga gol kebangsaan Venezuela, Rafael Dudamel melihat ada sinar harapan dalam bola sepak Venezuela:

“Budak-budak ini boleh memberikan perbezaan (turning point) kepada kebangkitan bola sepak kami.”

“Negara ini perlu ada sistem yang membantu mereka untuk dibangunkan dalam karier mereka selepas ini.”

“Sistem yang sedia ada harus diperbaiki kerana ia tidak cukup untuk membantu pemain-pemain muda ini.”

“Dahulu, ketika saya bermain untuk pasukan senior Venezuela, ada beberapa pemain memboikot untuk beraksi untuk pasukan kebangsaan.”

“Ini kerana kerajaan masih belum melangsaikan beberapa tunggakan seperti bonus dan juga bil hotel serta penerbangan.”

“Kerajaan ada masalah serius dalam membayar pemain termasuk perbelanjaan asas kepada pemain kerana nilai matawang kami sangat lemah berbanding dollar.”

Dudamel menyeru kepada Presiden Venezuela untuk meletakkan senjata seketika di sekitar jalan-jalan di Venezuela.

“Presiden, letakkanlah senjata itu seketika. Biarkanlah kanak-kanak kita pergi ke lorong-lorong tanpa rasa takut untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.”

Adakah pasukan muda Venezuela ini akan berjaya mencipta kisah epik dalam sejarah bola sepak mereka?

Sama-sama kita saksikan perlawanan akhir pada pukul 5.55 petang ini di siaran Astro Supersport 2.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram