Velizar Popov: “Kelantan Yang Terhumban Ke Liga Perdana Dikenali Sebagai Bibi FC”

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Jaringan 2 pemain Terengganu FC iaitu Kipre Tchetche dan Kamal Azizi ke atas pasukan Kelantan semalam telah mengesahkan skuad The Red Warriors akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan.

Kali terakhir Kelantan beraksi dalam Liga Premier ialah pada musim 2008 sebelum dinaikkan ke Liga Super pada tahun 2009. Ia adalah prestasi yang terburuk dipamerkan oleh pasukan itu sejak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dipimpin oleh Bibi Ramjani Eliyas Khan.

Bekas jurulatih Kelantan pada musim 2016, Velizar Popov meluahkan rasa kekecewaan beliau di laman facebook miliknya sambil menyifatkan penyingkiran bekas pasukannya itu ialah hasil daripada pengurusan yang caca merba serta dikenali sebagai Bibi FC.

“Dua tahun yang lalu, 2016, saya bernasib baik dan menjadi sebahagian daripada skuad yang memenangi pertemuan ‘east coast derby’ menentang Terengganu serta mencatat kemenangan besar dalam sejarah pasukan ini iaitu 6-1.

“Malah pada tahun yang sama, pasukan ini menamatkan saingan Liga Super di tangga ke empat (top 4) dalam musim yang sangat sukar dengan pelbagai masalah kewangan dan pengurusan yang huru-hara.

“Sekarang, dua tahun kemudian ianya masih sukar untuk dipercayai bahawa Kelantan kini sudah tersingkir daripada saingan Liga Super tetapi pasukan itu layak dikenali sebagai Bibi FC yang diketuai oleh Presiden yang paling teruk dalam sejarah KAFA,” katanya.

Velizar Popov ketika bersama Kelantan pada musim 2016.

Apa yang diperkatakan oleh beliau ada kebenarannya kerana musim ini kita menyaksikan 3 pertukaran jurulatih dan penyingkiran mengejut beberapa pemain senior dalam pasukan itu.

Situasi itu jelas mencetuskan suasana tidak harmoni dalam pasukan ditambah pula dengan masalah pembayaran gaji pemain yang masih belum dilunaskan sehingga kini.

Selepas 21 perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya mampu mencatat 4 kemenangan, 3 seri dan 14 kekalahan serta mengumpulkan 15 mata. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat yang boleh digilapkan menjadi lebih baik.