Valverde Puji Impak Lionel Messi Dalam Memberikan Pesta Kejuaraan Awal Barcelona

Pebgurus Barcelona – Ernesto Valverde menyatakan kegembiraan beliau selepas kejayaan Barcelona mengesahkan kejuaraan La Liga.

Beliau merehatkan Messi dalam perlawanan tersebut. Messi kemudian dibawa masuk untuk memastikan Barcelona meraikan hari kejuaraan lebih awal.

Menurut Valverde, membawa masuk Lionel Messi apabila perlu sememangnya sentiasa menjadi salah satu opsyen.

Barcelona gagal menembusi gawang Levante pada separuh masa pertama. Kemasukan Messi menggantikan Coutinho – menyaksikan pemain kebangsaan Argentina itu menjaringkan gol kejuaraan Barca.

Wartawan bertanya, sama ada Valverde telah melakukan pelan perlawanan yang gagal? Beliau menjawab: “Tidak, itu satu pelan yang baik sekali. Jelas sekali beliau akan bermain. Namun kami perlu mempertimbangkan ada perlawanan menentang Liverpool pada Rabu ini.”

“Beliau sangat aktif, menjaringkan gol daripada pelbagai arah dan memberikan kami kejuaraan.”

Lebih manis ini merupakan kali pertama Messi menjulang kejuaraan sebagai kapten utama pasukan.

Valverde menyatakan kejayaan Barcelona menjuarai liga lebih awal dan menjarakkan mata yang besar dengan pasukan lain sebagai perkara yang sukar untuk dilakukan.

Valverde juga mendedikasikan kejayaan mereka kepada penyokong dan berharap mereka dapat menikmati keraian kejuaraan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN