Valverde Luah Simpati Akan Nasib Bakal Diterima Lopetegui

Ernesto Valverde berkata beliau tidak mahu melihat sesiapa pun dipecat selepas skuad Barcelona pimpinan beliau membelasah Real Madrid 5-1 dalam perlawanan La Liga pada awal pagi tadi.

Selepas perlawanan tersebut, beberapa media utama di eropah seperti Goal, BBC, The Guardian dan Marca melaporkan Real Madrid sedang berada di peringkat akhir rundingan dengan Antonio Conte untuk menggantikan Julen Lopetegui.

BARCELONA, SPAIN – OCTOBER 28: Head coach julen Lopetegui of Real Madrid CF looks on during the La Liga match between FC Barcelona and Real Madrid CF at Camp Nou on October 28, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Walaupun Valverde gembira dengan kemenangan besar yang dicatatkan pasukannya yang dibantu oleh hatrik Luis Suarez, beliau tetap bersimpati dengan nasib yang bakal diterima oleh rakan sejawatnya di Real Madrid itu.

“Saya tahu bagaimana perasaan ketika berada di situasi getir, terutama ketika keputusan langsung tidak memihak kepada anda.

“Segala-galanya akan difokuskan kepada pengurus. Itulah yang berlaku di dalam bola sepak.

“Saya meletakkan diri di dalam situasi beliau (Lopetegui), dan saya tahu betapa sukarnya saat ini untuk beliau,” ujar Valverde.

(Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

“Apa yang berlaku di Real Madrid juga mungkin boleh berlaku kepada saya di dalam tempoh tiga minggu. Ianya sememangnya demikian.

“Sebagai jurulatih dan pengurus, kami akan terdedah kepada perkara sedemikian. Saya hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya kepada Julen [Lopetegui].

“Saya tidak mahu mengatakan bahawa beliau wajar dipecat atau tidak. Saya tidak suka melihat mana-mana jurulatih dipecat.

“Bukan Lopetegui, atau jurulatih Huesca, Granada dan sudah tentu juga Barcelona,” tambah beliau lagi.

Ditanya sama ada Real Madrid sudah terkeluar dari saingan kejuaraan La Liga, ini jawapan Valverde:

(Photo credit should read JOSEP LAGO/AFP/Getty Images)

“Sudah tentu tidak. Kita baru sahaja melalui minggu ke-10 saingan La Liga.”

Valverde juga tidak mahu terbawa-bawa dengan kemenangan ke atas Real Madrid, dan mahu pemain-pemain kendalian beliau memberikan fokus kepada perlawanan-perlawanan yang akan dilalui setiap minggu.

“Setiap minggu, ada kalanya anda akan berhadapan sehingga tiga perlawanan. Akan ada minggu yang sangat cemerlang seperti minggu ini.

“Akan datang juga minggu-minggu yang sukar apabila anda gagal mencatat kemenangan, dan anda tidak faham mengapa.

“Ada dua jenis minggu yang saya nyatakan, dan buat masa sekarang saya mahu semua bertenang dan kekalkan fokus,” ujar beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN