Valencia Berikan Kekalahan Pertama Setien Bersama Barcelona

Valencia memberikan kekalahan pertama kepada Quique Setien bersama Barcelona, Ia adalah kemenangan pertama Valencia di tempat sendiri ke atas Barcelona sejak 2017.

Tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-48 perlawanan selepas percubaan deras Maxi Gomez terbias pada Jordi Alba untuk menewaskan Marc-Andre ter Stegen.

Gomez, yang menyaksikan sepakan penalti beliau diselamatkan oleh Ter Stegen pada babak pertama perlawanan, melengkapkan kemenangan 2-0 pada minit ke-77 perlawanan.

Kehangatan dan ketegangan perlawanan ini mulai dirasa sebelum sepak mula lagi apabila kedua-dua kumpulan penyokong bertempur sesama sendiri di perkarangan Stadium Mestalla.

Setien bermula dengan kemenangan dalam perlawanan pertama mengendalikan Barcelona menentang Granada di La Liga dan UD Ibiza di pertandingan Copa del Rey.

Skuad kendalian Setien pantas menguasai perlawanan sejak dari sepak mula, namun babak pertama perlawanan menyaksikan Barcelona tampil hampir tanpa sebarang ancaman.

Sebaliknya, Valencia tampak lebih berbahaya setiap kali mereka memiliki pengusaan bola untuk memberikan masalah kepada barisan pertahanan Barcelona.

Los Che mendapat peluang terbaik untuk berada di hadapan pada babak pertama perlawanan apabila Gerard Pique dipersalahkan kerana menjatuhkan Gomez. Namun sepakan pemain Uruguay itu ditumbuk keluar oleh Ter Stegen.

Bekas penjaga gol Bayern Monchengladbach itu sekali lagi terpaksa menyelamatkan percubaan Gomez, sebelum turut menyelamatkan percubaan oleh Kevin Gameiro selepas itu.

Barcelona beraksi dengan lebih baik pada babak kedua. Ansu Fati misalnya melakukan gerakan satu dua dengan Messi, namun percubaan pemain muda itu akhirnya melambung tinggi.

Ia diikuti oleh percubaan Messi yang tidak menepati sasaran, sebelum hantarn dari Antoine Griezmann turut ditanduk liar oleh Messi.

Malam Barcelona akhienya diakhiri oleh jaringan Gomez.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram