‘Vaksin’ Untuk Pulihkan Liverpool Adalah Beli Pertahanan Baharu

Pertahanan Liverpool

Selepas ‘diterajang’ keluar oleh Manchester United dari saingan Piala FA, ada satu perkara yang cukup terang dan jelas buat Liverpool, iaitu kerapuhan benteng pertahanannya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu bertandang ke Old Trafford dengan harapan untuk menamatkan rentetan rekod buruk mereka dalam saingan domestik di mana Liverpool hanya menang sekali sahaja dalam enam perlawanan terakhir.

Ketika pertemuan dengan musuh tradisi mereka itu pada minggu lepas, jurulatih warga Jerman itu mempertaruhkan dua pemain tengah berpengalaman Jordan Henderson dan Fabinho untuk membarisi bahagian pertahanan.

Walaupun perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, ia sudah cukup untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi sekalipun ‘tempang’ tanpa tiga pemain pertahanan utama iaitu Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip yang cedera.

Namun Matip yang kembali dalam kesebelasan utama ketika Liverpool tewas kepada Burnley secara tiba-tiba telah diketepikan untuk perlawanan menentang United atas alasan ‘tidak bersedia’ untuk bermain.

Keadaan tersebut memaksa Klopp menurunkan pemain ‘mentah’ Rhys Williams untuk digandingkan dengan Fabinho memandangkan Henderson juga telah dilanda kecederaan pangkal peha selepas aksi di Anfield pada minggu lalu.

Dalam perlawanan ini, tiada lagi isu mengenai ketumpulan jentera serangan setelah Mohamed Salah menyumbat dua gol dengan Roberto Firmino turut cemerlang bertindak sebagai arkitek bagi kedua-dua gol tersebut.

Namun dua gol pertama United telah membuktikan betapa mudahnya tembok pertahanan Liverpool dicerobohi kerana tiada seorang jeneral yang boleh membaca dan mengawal permainan dengan baik.

Williams yang berusia 19 tahun gagal memintas hantaran Mason Greenwood kepada Marcus Rashford di mana beliau turut melakukan kesilapan ketika Liverpool dibolosi oleh ‘budak’ berusia 17 tahun Louie Barry dalam perlawanan berdepan Aston Villa pada pusingan ketiga sebelum ini.

https://twitter.com/BarlowUTD/status/1353671233825607680?s=20

Ia jelas menunjukkan betapa Liverpool amat memerlukan ‘vaksin’ iaitu seorang pemain pertahanan yang matang dan berpengalaman kerana pemain-pemain muda seperti Williams, Sven van den Berg dan Nathaniel Phillips masih belum bersedia untuk pentas tertinggi.

Masih ada masa untuk The Reds melakukan sesuatu bagi memulihkan keadaan pasukan mereka kerana perjalanan masih panjang dan saingan baru sahaja memasuki pertengahan musim.

Tunggu apa lagi Klopp?

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami  yang lain mengenai Liverpool:

Statistik Ini Memerlukan Klopp Pertimbang Kedudukan Firmino Dalam Kesebelasan Utama Liverpool

Klopp: Spekulasi Masa Depan Salah Tak Ganggu Prestasi Liverpool

9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN