V. Saravanan: Impak Skuad Ini Sangat Menakjubkan

Skuad Piala Dunia Remaja 1997 Malaysia

Lagenda Perak, V. Saravanan dilihat berkongsi pengalaman pertamanya mewakili negara yang menurutnya, beliau meraih pelbagai pengalaman dengan skuad istimewa tersebut yang telah mewakili negara untuk Piala Dunia Remaja 1997.

Malaysia telah mengiringi China, Jepun, Korea Selatan dan UAE sebagai wakil Asia selepas layak secara automatik sebagai tuan rumah. Itu merupakan debut Malaysia dan UAE dalam kejohanan Piala Dunia Remaja sejak edisi pertama pada 1977.

Skuad tersebut dibarisi oleh barisan pemain muda berbakat dan berjiwa besar seperti penjaga gol Megat Amir Faisal, Roslee Md Derus, Gilbert Cassidy Gawing, Tengku Hazman Raja Hassan, M.Elangoo, Chow Chee Weng dan Nafuzi Zain.

Antara nama besar bola sepak dunia yang membuat penampilan dalam kejohanan tersebut adalah Esteban Cambiasso, Juan Roman Riquelme, Pablo Aimar, Shunsuke Nakamura, Damien Duff, Nicolas Anelka, Micheal Owen dan Thierry Henry.

“Saya meraih banyak pengalaman berharga apabila terpilih menjadi sebahagian daripada skuad istimewa ini. Saya belajar mengenai profesionalism dalam bola sepak. Saya dapat bermain bersama pemain-pemain yang berbakat besar.

“Kami juga bersaing secara positif antara kami untuk berada dalam kesebelasan utama. Kami bekerja keras, berkorban segalanya, suka duka bersama dan pastinya memori indah bersama rakan-rakan sepasukan,” titipnya di status Facebooknya.

Malaysia tewas dalam semua aksi peringkat kumpulan. Malaysia diletakkan bersama naib juara kejohanan, Uruguay, Maghribi dan wakil eropah, Belgium dalam Kumpulan A. Dan Malaysia hanya mampu meledak satu gol dalam tiga perlawanan.

“Saya berpeluang berkelana ke negara seperti Perancis, England, Belgium, Belanda, Maghribi, Jepun, UAE, Vietnam, Australia dan saya juga telah belajar mengenai budaya bola sepak di sana yang berbeza,” tambah V. Saravanan lagi.

“Impak pasukan ini sangat menakjubkan,” tegasnya di dalam posting tersebut sambil menyatakan yang skuad tersebut telah mematangkannya dari segi fizikal dan mental selepas empat tahun bersama skuad istimewa tersebut.

Mengapa V. Saravanan katakan ianya skuad istimewa?

Bayangkan sebanyak 5000 senarai nama telah dipanjangkan kepada panel pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Claude Le Roy dan dibantu oleh Chow Kwai Lam, Irfan Bakti, Lim Chuan Chin dan Lim Kim Choon.

Daripada senarai panjang tersebut, ia disaring menjadi 107 pemain, sebelum ianya disenarai pendek menjadi 35 pemain untuk latihan pusat skuad remaja negara. Skuad ini dikendalikan oleh Hatem Souissi dan dibantu oleh B. Satiananthan.

“Terima kasih teristimewa buat Hatem Souissi dan B. Satiananthan yang merupakan jurulatih kami ketika itu dan semua staff yang terlibat dalam skuad tersebut termasuk pasukan perubatan iaitu Encik Siva dan Raja,” tambahnya V. Saravanan lagi.

Jom layan juga lagu rasmi Piala Dunia Remaja 1997, Name of The Game, hasil nyanyian band POP popular negara satu masa dahulu, OAG.

KREDIT FEATURED IMAGE: FACEBOOK V. SARAVANAN

Baca artikel lain mengenai V. Saravanan dan Piala Dunia Remaja 1997:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN