Sah! Usain Bolt Akan Berangkat Ke Dortmund Untuk Sesi Pemilihan

Anda masih ingat dengan artikel ‘CEO Dortmund Sahkan Berita Bolt Berlatih Dengan Kelab Tersebut Bukan Satu Troll’ ini? Kini, ianya telah menjadi kenyataan.

Pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt dijangka akan menghadiri sesi pemilihan bersama gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund pada Mac.

Sesi pemilihan itu telah diatur oleh penaja kit kelab tersebut yang juga merupakan penaja kepada lagenda pelari pecut dunia itu, iaitu syarikat Puma.

“Pada Mac, saya akan menghadiri sesi pemilihan bersama Dortmund dan itu yang akan menentukan apa yang akan saya lakukan dengan karier saya selepas ini,” ujarnya kepada Express.

Usain Bolt. Foto: Getty Images.

“Jika mereka katakan saya bagus, dan saya perlukan saya sedikit latihan, saya akan lakukannya,” tambahnya yang telah bersara setahun yang lalu selepas mengalami kecederaan.

Bolt juga memaklumkan kecederaan hamstring yang dialaminya dalam perlumbaan terakhirnya telah pulih dan dia telah cergas sepenuhnya.

“Ia membuatkan saya gementar. Saya tidak biasa gugup, tetapi ini lain, ini bola sepak. Saya pasti mengambil masa untuk sesuaikan diri, tetapi selepas bermain beberapa perlawanan, saya akan biasakan diri.

“Ianya sama seperti ketika saya mula-mula berada di trek larian. Saya berasa gementar untuk sementara waktu,” jelasnya yang kini berusia 31 tahun.

Usain Bolt ketika menonton aksi Manchester United. Foto: Reuters.

Bolt juga menyatakan bahawa impiannya adalah untuk beraksi dengan kelab yang diminatinya, Manchester United. Dan Dortmund dilihat sebagai platform permulaan untuknya.

“Salah satu impian terbesar dalam hidup saya adalah untuk beraksi bersama Manchester United. Jika Dortmund katakan saya cukup bagus, saya akan mula berlatih dengan gigih.

“Saya telah bercakap kepada Alex Ferguson, dan saya minta dia untuk berikan kata-kata semangat buat saya. Dia katakan kepada saya, jika saya cergas sepenuhnya dan bersedia, dia akan cuba bantu saya,” tambahnya.

Bolt juga telah mula berlatih bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum berangkat ke Jerman. Dia turut menyatakan kepada Express yang dia menggemari posisi selaku pemain sayap.

“Secara peribadinya saya suka bermain di bahagian sayap, tetapi saya tahu, selepas mendengar daripada pelbagai pihak dan juga pemain, saya rasa akan diletakkan sebagai penyerang,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN