Usain Bolt: Larian Cristiano Ronaldo Lebih Pantas Dari Saya

Cristiano Ronaldo Bolt

Usain Bolt mengakui bahawa bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memiliki larian yang lebih pantas berbanding dirinya walaupun beliau merupakan pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter serta memenangi lapan pingat emas di pentas Sukan Olimpik.

Hakikat itu disuarakan oleh Bolt ketika melihat kelibat Ronaldo sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi setiap kali beliau membantu  pasukan diwakilinya meskipin pemain kelahiran Portugal itu sudah memasuki usia 35 tahun.

Hanya membuat empat penampilan bersama Juventus dalam kempen Serie A musim ini, Ronaldo telah berjaya meledakkan enam gol ketika beliau terlepas aksi bertemu Crotone dan Hellas Verona susulan positif COVID-19.

Bolt yang cuba untuk ke pentas bola sepak sebaik sahaja mengumumkan persaraan dalam arena olahraga turut memuji kegigihan dan kerja keras ditampilkan Ronaldo dan turut menggelarkannya sebagai atlet yang begitu cemerlang.

”Sudah pasti Cristiano [lebih pantas berlari berbanding saya],” ujar Bolt menurut laporan yang dikeluarkan oleh Goal.

”Pada pendapat saya, dia telah bekerja keras pada setiap hari, dia merupakan seorang atlet yang sangat cemerlang [super].”

”Dia sentiasa berada di puncak prestasinya, dia begitu bekerja keras dan dia amat fokus dalam melakukan setiap tugasan.”

”Ketika ini, saya merasakan dia pastinya lebih pantas daripada saya,” tambah Bolt lagi.

Bolt yang mencatatkan rekod dunia dalam acara pecut 100m dengan catatan 9.58 saat dan 19.19 saat bagi acara 200m pernah mencuba nasib pada sesi percubaan bersama Borussian Dortmund dan kelab Australia,  Central Coast Mariners.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Cristiano Ronaldo Lepasi Jaringan Ke-100 Di Pentas Antarabangsa

Antara Rekod Yang Dilakarkan Cristiano Ronaldo Pada Usia 35 Tahun

Iker Casillas: Cristiano Ronaldo Lebih Mengagumkan Berbanding Messi

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply