UNL: Gareth Bale Balik Awal Ke Madrid Untuk Menyambung Proses Pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

FA Wales mengesahkan yang Gareth Bale terpaksa balik awal sebelum sepak mula di antara Republik Ireland dan Wales di Stadium Aviva pada hari ini.

Wales akan berhadapan dengan Republik Ireland dalam saingan Kejohanan Negara-Negara Eropah (UNL).

Gareth Bale terpaksa balik awal untuk menyambung proses pemulihan kecederaan beliau di kelab beliau Real Madrid.

Pengurus Wales, Ryan Giggs menyatakan yang Bale adalah 50/50 dapat beraksi dan beliau tidak mahu mengambil risiko untuk pemain itu.

Bale sebelum ini menjadi pemain yang cemerlang membantu Wales menang 4-1 ke atas Ireland pada bulan lepas. Beliau menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Sebagai ganti, Wales memanggil pemain yang tiada kaps Kieron Freeman dan juga pemain sayap Gwion Edward. Selain daripada Bale, Ethan Ampadu juga tidak dapat terlibat dalam perlawanan ini.

Bale musim ini berhadapan dengan masalah kecederaan groin yang membuatkan beliau tidak boleh beraksi banyak perlawanan.

Real Madrid pastinya mengharapkan Bale dapat bermain lebih banyak perlawanan musim ini kerana mereka telah kehilangan Cristiano Ronaldo pada bursa perpindahan yang lalu.

Kecederaan telah menjadi musuh utama Gareth Bale dalam beberapa musim terakhir ini. Beliau bakat yang luar biasa namun masih gagal menjadi pemain semusim untuk Real Madrid.