unifi Bawa Peminat Bertuah Nikmati Pengalaman Di Stadium Sultan Ibrahim

unifi

Seperti yang sudah diketahui umum, Telekom Malaysia Berhad (TM) kembali terlibat dalam bola sepak tempatan selepas memeterai perjanjian penajaan Liga Malaysia 2020 yang sekaligus menjadikan unifi sebagai penyiar utama menerusi aplikasi unifi play TV dan unifi TV.

Sehubungan dengan itu, unifi, merupakan jenama utama di bawah TM telah meraikan kerjasama baharu dengan Liga Malaysia apabila membawa rombongan yang terdiri daripada pengamal media, selebriti serta peminat bertuah untuk menyaksikan perlawanan CIMB Piala Sumbangsih 2020 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah tempoh hari.

Selain daripada disajikan dengan aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan, rombongan tersebut turut menikmati ‘stadium tour’ di Stadium Sultan Ibrahim di mana mereka dibawa meninjau segala kemudahan serta fasiliti yang terdapat di laman baharu buat JDT itu.

Perjanjian selama tiga tahun antara TM Multi-Media (TMM) dan Malaysian Football League (MFL) membolehkan unifi menyiarkan kesemua perlawanan CIMB Liga Super, Shopee Piala FA dan TM Piala Malaysia secara eksklusif di siaran unifi TV 701 hingga 705.

Bagi peminat bola sepak yang tidak melanggan unifi boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut di aplikasi unifi play TV dengan melanggan beberapa pakej yang disediakan. Antara pakej tersebut ialah Individual Match Pass dengan harga RM3, RM15 bagi Monthly Match Pass.

Manakala RM120 pula dikenakan untuk VVIP Team Malaysia Pass di mana ‘ultimate pack’ tersebut membolehkan anda menyaksikan kesemua perlawanan. Hanya dua ‘devices’ sahaja boleh digunakan bagi satu-satu pembelian pass tersebut.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web unifi.com.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN