Keputusan Penuh Undian Piala Dunia B-20 (Bawah 20 Tahun) 2017

Undian Piala Dunia FIFA B-20 2017 telah selamat disempurnakan di Korea Selatan semalam.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 20 Mei sehingga 11 Jun 2017 di negara Kimchi itu.

Perubahan slot

Asia diberikan 4 slot di samping hos, Korea Selatan layak secara automatik menjadikannya 5 slot.

Afrika, Amerika Selatan dan CONCACAF, masing-masing menerima 4 tempat untuk kejohanan kali ini.

Oceania diberikan 2 tempat untuk kejohanan ini. Eropah sebelum ini mempunyai 6 slot dikurangkan kepada 5 slot.

Vanuatu dari Oceania membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini. Vietnam turut membuat penampilan pertama sebagai wakil Asia.

Undian penuh

Kumpulan A:  Korea Selatan, Guinea, Argentina, England

Kumpulan B: Venezuela, Jerman, Vanuatu, Mexico

Kumpulan C: Zambia, Portugal, Iran, Costa Rica

Kumpulan D: Afrika Selatan, Jepun, Itali, Uruguay

Kumpulan E: Perancis, Honduras, Vietnam, New Zealand

Kumpulan F: Ecuador, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Senegal

Format

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan ke pusingan 16 terbaik. 4 pasukan tempat ketiga terbaik setiap kumpulan juga bakal mendapat slot ke pusingan 16 terbaik.

Stadium

6 stadium bakal digunakan dalam kejohanan ini. Cheonan Stadium dan Incheon Football Stadium merupakan stadium yang tidak digunakan semasa Piala Dunia 2002.

Manakala baki 4 stadium akan digunakan untuk kejohanan kali ini terletak di Daejeon, Jeju, Jeonju dan Suwon. Kesemua 4 stadium ini pernah digunakan semasa Piala Dunia 2002.

Baca juga: 4 Cara AFC Wimbledon Layan Kelab ‘Pembunuh’ Wimbledon FC Iaitu MK Dons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram