Unai Emery Salahkan Penyokong Arsenal Sebagai Punca Pemecatannya

Unai Emery akhirnya bersuara tentang sebab yang membawa pemecatannya di Arsenal.

Menurut Unai Emery, beliau mengakui prestasi hambar pada awal musim meletakkan beliau dalam tekanan.

Namun sebab utama yang menyebabkan beliau dipecat adalah sikap penyokong Arsenal terhadap beliau.

Unai Emery merasakan pada penyokong Arsenal langsung tidak membantunya dalam usaha memperbaiki prestasi pasukan.

Malah setiap hari penyokong Arsenal lebih fokus untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan pengurus.

Unai Emery dipecat selepas Arsenal hanya menang 4 perlawanan daripada 13 aksi perlawanan liga mereka.

Unai Emery menganggap dalam tempoh tersebut tiada peningkatan yang berlaku di Arsenal selain daripada rengekan penyokong yang terus mengkritik beliau.

Unai Emery berkata:

“Memang tiada peningkatan. Penyokong Arsenal menjadikan saya sasaran mereka dan membuang saya>”

“Penyokong Arsenal adalah punca kenapa saya dipecat.”

Unai Emery kemudian menyatakan bahawa ada beberapa isu yang berlaku pada awal musim -membuatkan mereka memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan.

Ianya berlaku dalam ketika mereka sedang dalam proses membentuk pasukan.

“Ada beberapa masalah, termasuk isu 4 kapten, insiden Mesut Ozil dan Kolasinac, pembelian Pepe.”

“Dalam kes Pepe Kita perlukan masa untuk mendapatkan prestasi terbaik beliau.”

“Apa yang pasti, kita tidak bermain baik. Sebab semua masalah itu menjerumuskan kita ke dalam masalah. Namun saya tetap cuba fokus kepada beberapa perkara positif di dalam pasukan. Ada banyak sebenarnya perkara positif.”

Unai mengakui pemecatannya di Arsenal membuatkan beliau tak boleh tidur kerana kerap bermimpi ngeri. Namun kini beliau sudah melupakannya dan bersedia untuk kembali.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply