Unai Emery Mahu Penyokong Arsenal Wujudkan Tenaga Positif Di Stadium Emirates

Arsenal

Arsenal meneruskan pemburuan slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 apabila bakal berdepan Bournemouth awal pagi ini di Emirates Stadium.

Kemenangan keatas Bournemouth sudah pasti ditagih Arsenal dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka sekaligus terus mengintai peluang untuk kembali beraksi dalam saingan paling berprestij di Eropah itu.

The Gunners kini menghuni tangga keempat dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 53 mata, berkelebihan satu mata di hadapan Manchester United.

Di samping mengharapkan anak buahnya dapat menjalankan tugas dengan cemerlang, pengendali Arsenal, Unai Emery turut menyeru kepada para penyokong supaya memainkan peranan yang positif buat pasukan.

Menurut sumber Sky Sports, Emery mengakui bahawa Arsenal sangat memerlukan sokongan para penyokong dan mengharapkan agar mereka dapat mewujudkan tenaga yang positif ketika di Stadium Emirates.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Unai Emery, Manager of Arsenal reacts during the Premier League match between Arsenal FC and Southampton FC at Emirates Stadium on February 23, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

”Kami memerlukan penyokong kami. Esok kami akan beraksi di gelanggang sendiri dan tiga mata penuh adalah sangat penting.”

”Saya mengharapkan para penyokong kami dapat membantu pemain dan mencipta atmosfera yang hebat di gelanggang sendiri.”

”Wujudkan tenaga yang positif untuk membuatkan kami menjadi lebih kuat.”

Pada musim ini, Stadium Emirates menjadi stadium kedua dibelakang Stadium Etihad yang menerima jumlah kehadiran penyokong paling ramai dalam saingan EPL apabila mencatatkan purata 59,906 orang penyokong.

Tidak hairanlah Unai Emery begitu mengharapkan sokongan padu daripada penyokong mereka!

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply