Unai Emery Mahu Jadi Raja Europa League Mutlak Bersama Arsenal

Pengurus Arsenal, Unai Emery memiliki rekod yang amat baik di pertandingan UEFA Europa League (UEL). Rekod tersebut kini diteruskan apabila berjaya membawa Arsenal mara ke perlawanan akhir pertandingan tersebut buat kali pertama.

Kejayaan pada kali ini bermakna Emery kini bakal menerajui pasukan kendaliannya ke perlawanan akhir keempat sepanjang karier kejurulatihannya – sekiranya berjaya menafikan Chelsea di Baku. Sebelum ini, Emery berjaya membawa Sevilla menjulang trofi pertandingan yang sama pada 2014, 2015 dan juga 2016.

Ayuh kita imbau bagaimana Emery menjulang Sevilla di tiga perlawanan akhir yang lalu.

UEL 2013/14: Sevilla vs Benfica (Stadium Juventus, Turin)

Kempen Emery dan Sevilla di UEL musim 2013/ bermula di peringkat play-off apabila mudah menewaskan wakil Poland, Śląsk Wrocław dengan agregat 9-1. Muncul juara Kumpulan H, Sevilla berhadapan laluan berliku selepas itu, apabila bergelut dengan kemenangan tipis, masa tambahan dan penentuan sepakan penalti untuk perlawanan peringkat seterusnya sehingga ke perlawanan akhir.

TURIN, ITALY – MAY 14: Head Coach Unai Emery of Sevilla and Sevilla president, Jose Castro celebrate with the trophy during the UEFA Europa League Final match between Sevilla FC and SL Benfica at Juventus Stadium on May 14, 2014 in Turin, Italy. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Antara pasukan yang disingkirkan oleh Sevilla untuk mara ke perlawanan akhir ialah Real Betis, Porto dan juga Valencia di separuh akhir. Pertemuan menentang Benfica di perlawanan akhir tamat tanpa sebarang jaringan selepas tamat masa tambahan, dan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti. Penjaga gol Sevilla, Beto muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Cardozo dan Rodrigo untuk Sevilla muncul juara dengan keputusan penalti 4-2.

UEL 2014/15: Sevilla vs Dnipro Dnipropetrovsk (Stadium Narodowy, Warsaw)

Kempen Sevilla di UEL 2014/15 bermula dari peringkat kumpulan, apabila Emery memimpin pasukannya menamatkan saingan selaku naib juara Kumpulan G di belakang Feyenoord. RB Salzburg, Villareal, dan Zenit Saint-Petersburg adalah antara halangan yang ditempuhi Sevilla dan Emery di pusingan kalah mati. Di separuh akhir, Sevilla mudah menyingkirkan wakil Itali dengan agregat 5-0.

WARSAW, POLAND – MAY 27: Unai Emery, coach of Sevilla celebrates victory with Sevilla President Jose Castro (L) and Beto of Sevilla after the UEFA Europa League Final match between FC Dnipro Dnipropetrovsk and FC Sevilla on May 27, 2015 in Warsaw, Poland. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Menanti di perlawanan akhir ialah wakil Ukraine, Dnipro Dnipropetrovsk yang melakukan kejutan menewaskan pasukan-pasukan lain yang lebih berpengalaman seperti Ajax, Club Brugge dan Napoli dalam laluan ke perlawanan akhir. Ketinggalan seawal minit ke-7 oleh jaringan Nicola Kalinic, Sevilla bangkit dengan jaringan oleh Grzegorz Krychowiak dan dua jaringan Bacca – termasuk gol kemenangan pada minit ke-73 perlawanan – selepas Dnipropetrovsk menajadikan kedudukan terikat 2-2 tamat babak pertama perlawanan. Sevilla muncul juara dengan kemenangan 3-2 ke atas Dnipro Dnipropetrovsk.

UEL 2015/16: Sevilla vs Liverpool ( Stadium St. Jakob-Park, Basel)

Kempen Sevilla di Eropah pada musim 2015/16 sebenarnya bermula di pertandingan UEFA Champions League (UCL) – sebelum tersingkir di saingan peringkat kumpulan. Ini bermakna Sevilla akan terus melalui pusingan 32 pasukan terbaik selaku pasukan dari UCL. Berjaya menewaskan Molde dengan agregat 3-1, Sevilla terus mara ke perlawanan akhir selepas turut menafikan Basel, Athletic Bilbao, dan juga Shahktar Donetsk.

BASEL, SWITZERLAND – MAY 18: Unai Emery manager of Sevilla celebrates the win watched by Jurgen Klopp, manager of Liverpool after the UEFA Europa League Final match between Liverpool and Sevilla at St. Jakob-Park on May 18, 2016 in Basel, Switzerland. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Lawan menanti di perlawanan akhir, merupakan pasukan pilihan yang dianggap sebagai gergasi eropah, Liverpool. Musim pertama dibawah bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool berada di hadapan melalui jaringan Daniel Sturridge pada minit ke-35 perlawanan untuk The Kops mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan. Nyata ia bukan bekalan selesa untuk Liverpool, apabila Emery dan Sevilla menggunakan sepenuhnya baki 45 minit untuk bangkit, sekaligus menang dengan jaringan 3-1.

Penutup

Unai Emery sering dilaungkan sebagai Raja UEL. Malah ada juga yang menyamakan akronim UEL sebenarnya membawa maksud ‘Unai Emery League’. Musim pertama Emery bersama Arsenal tidaklah begitu memberangsangkan. Namun pengendali dari Sepanyol ini mampu menebus semua itu sekiranya mampu membawa kejuaraan UEL ke Emirates pada awal pagi nanti.

Kejayaan bukan sahaja Emery akan berjaya membawa pulang trofi pada musim pertama di England. Kejuaraan juga bermakna Arsenal akan bertanding di UCL pada musim hadapan, selain daripada terus mengukuhkan semua perancangan Arsenal untuk cabaran musim berikutnya. Mampukah Unai Emery mengulangi pencapaian beliau bersama Arsenal pada awal pagi nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN