Emery Tidak Risau Lacazette Mengamuk, Anggap Ia Biasa Bagi Penyerang

Pengurus Arsenal, Unai Emery berasakan penyerang beliau iaitu Alexandre Lacazette mempunyai semangat yang baik sebagai seorang penyerang.

Bercakap selepas tamat perlawanan melibatkan Arsenal dan Burnley, Emery memberikan penjelasan diatas reaksi berang Lacazette selepas pemain itu digantikan dengan Alex Iwobi.

Menurut Emery, beliau jelas positif dengan sikap negatif Lacazette sambil beliau berasakan ianya adalah satu norma bagi pemain penyerang.

“Pada saya, Alexandre Lacazette gembira dengan kemenangan kami ke atas Burnley.”

“Cuma beliau mahu menjaringkan gol. Apabila penyerang gagal menjaringkan gol mereka akan berasa marah dan kecewa.”

“Saya suka dengan dengan sikap beliau itu kerana beliau berasa kecewa dengan dirinya gagal untuk memperoleh gol.”

Lacazette digantikan dengan Iwobi pada babak akhir perlawanan dengan menampilkan perasaan marah ketika menuju ke bangku simpanan.

Iwobi kemudiannya menjaringkan gol kemenangan untuk memberikan kemenangan buat Arsenal – pertama kali selepas tewas 2 perlawanan dalam aksi liga dan piala.

Secara keselurahannya, Emery jelas gembira dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Lacazette walaupun beliau gagal menjaringkan gol.

“Beliau berkerja dengan baik sekali untuk kami. Pada saya, perlawanan ini adalah saat beliau bermain dengan terbaik untuk kami.”

“Saya dapat rasakan beliau hampir untuk menjadi Lacazette yang terbaik buat kami dalam masa yang terdekat.”

Arsenal menang ke atas Burnley dengan jaringan 3-1 hasil jaringan berganda Pierre-Emerick Aubameyang dan Alex Iwobi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN