Ultras Tranung Bengang Dengan Kemaman FA & FA Daerah Yang Gila Kuasa Tapi Malas

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Hikayat Persatuan Bola Kemaman

Pada 30 Julai 2018, Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman telah dibatalkan pendaftaran akibat tidak aktif dan kegagalan mengantar laporan tahunan.

Sebelum itu juga, persatuan ni dibatalkan pada tahun 2010. Pahtu dia rayu pula pada tahun 2012.

Dah nampak tak?

Dikhabarkan [semua ini] dikepalai oleh orang-orang tua yang hanya tahu galas beg ke hulu ke hilir, tapi hasilnya tahi ayam.

Akhirnya berkuburlah sehingga 2019. Kemaman sebuah bandar besar kaya. Adalah tidak munasabah menjadi alasan faktor duit untuk gerakan aktiviti.

Sedangkan pada masa tu orang Kemaman sendiri yang ada di PBSNT, sangat mudah untuk salurkan duit. Tinggal lagi pimpinan daerah teruskan kerja kerja mereka.

Tapi akibat malas, sombong, ada sikap maharajalela, lalu lingkuplah persatuan akibat tanggungjawab kepada orang Kemaman diabaikan.

Tiket bola final 2018 rasanya juga tak layak diterima, sebab persatuan tak wujud dah pada masa tu.

Tetapi beribu keping tiket mereka ambik dan jual berleluasa. Dengor cerita, tak bayar ke PBSNT? Tak pastilah betul ke tak? Harapnya tak betullah.

Kalau betul tak bayar, 100% untung tu.

Dekat mana pula duit tu? Bagi kat kroni? Kamu cari sendiri la, siapa presiden tua pakai spek dan kuncu-kuncunya.

Sinar Baru 2020

Dengar khabar, ada beberapa usaha selamatkan persatuan Kemaman. Harapnya berhasil dan berjalan molek.

Risik-risik cerita usaha selamatkan ni inisiatif orang yang ada semangat, orang muda, orang yang faham betul pasal pembangunan bola di daerah.

Dan pada masa yang sama ada dengar khabar, masa pihak dia buat permohonan, dalam masa sama, puak yang lama, yang malas dan gila jawatan tu pun ada memohin juga.

Pastinya jawatan itu akan diberikan kepada puak puak mereka, supaya golongan baharu itu gagal.

Kononnya mereka ini cuba mengkucar kacir, buat rumit, supaya pesuruhjaya sukan keliru. Hahahahahahah ‘celake’ punya orang.

Dan terkini Alhamdulillah, mereka yang benar benar nak selamatkan tu diluluskan pula.

Fuhh gilalah, poli’taik’.

Tengoklah senario mereka yang cetek akal ni. Langsung tak tahu hal pembangunan, tapi masih tak sedar diri mengkucar kacirkan usaha yang murni yang sedang dijalankan.

Kita pakat berdoa dan berikan semangat untuk mereka di Kemaman FA supaya terus maju dan mencontohi beberapa daerah yang sedang mengorak langkah.

Daeroh lain ‘guane’ hal?

Rombak FA Daerah & Selamatkan Terengganu FA.

Nota Editor: Kenyataan di atas adalah daripada pihak Ultras Tranung