Ukraine Diarah Buang Slogan ‘Berbaur Politik’ Pada Jersi Euro 2020

Jersi Ukraine Euro 2020

Dua hari sebelum sepak mula Euro 2020, Ukraine telah diarahkan untuk membuang slogan ‘berbaur politik’ yang terdapat pada jersi rasmi pasukan selepas mendapat bantahan dari Rusia.

Pada bahagian hadapan jersi itu, terdapat garisan yang membentuk peta Ukraine yang turut memasukkan Krimea serta wilayah timur seperti Donetsk dan Luhansk sebagai sebahagian daripada negara tersebut.

Juga tulisan slogan “Kemenangan milik Ukraine” dan “Kemenangan milik pahlawan” pada bahagian dalam kolarnya yang merupakan slogan rasmi tentera negara itu selepas ia dipopularkan oleh peserta protes besar-besaran yang menggulingkan Presiden pro-Rusia, Viktor Yanukovych pada 2014.

Presiden Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF), Andriy Pavelko ketika memperkenalkan jersi tersebut dalam Facebook menyatakan bahawa mereka percaya peta negara akan memberi kekuatan kepada para pemain, kerana mereka akan bertempur atas nama seluruh Ukraine.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia, Maria Zakharova pula membalasnya dengan menyatakan bahawa jersi yang disiapkan itu adalah usaha untuk mewujudkan ilusi yang mustahil dengan menampilkan Crimea Rusia sebagai wilayah Ukraine.

Zaharova juga berpendapat bahawa slogan di jersi itu menyerupai tangisan perang Nazi.

Rusia bertegas semenangjung Krimea kini merupakan sebahagian daripada negaranya dan ia dibantah oleh negara kuasa besar di Barat dan Kesatuan Eropah.

Majoriti penduduk di Krimea adalah dari etnik Rusia kerana wilayah itu asalnya adalah milik Rusia yang dihadiahkan kepada Ukraine pada tahun 1954 selepas Ukraine itu bersedia menjadi sebahagian dari empayar Kesatuan Soviet.

Namun pergolakan dan peperangan yang tercetus sejak 2014 yang menyaksikan 96% penduduk di wilayah itu mengundi dalam satu pungutan suara untuk mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memohon untuk menyertai Rusia.

Sungguh pun sehingga hari ini Krimea masih belum menyertai Rusia secara rasmi, namun Presiden Rusia, Vladimir Putin bertegas supaya tentera Rusia terus kekal di wilayah itu sehingga situasi politik kembali normal.

UEFA sebelum ini telah pun meluluskan rekaan jersi berkenaan. Bagaimanapun badan pengelola bola sepak Eropah tersebut mengubah pendiriannya dengan mengatakan gabungan lakaran corak perta dan slogan di dalam jersi itu jelas mengandungi agenda sejarah dan ketenteraan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

TERKINI: Man Utd Secara Rasmi Buka Langkah Bida Jadon Sancho

Mampukah Ronaldo Beradaptasi Dengan Deretan Bintang Muda Portugal?

‘So Close Yet So Far’ – Mengenang Kekecewaan Skuad Newcastle United 1995/96

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply