UiTM FC Sahkan Frank Bernhardt Kekal, Lanjutkan Kontrak 9 Pemain Tempatan

Kerjasama Semuanya BOLA

Frank Bernhardt

Khidmat Frank Bernhardt yang berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik pada musim ini masih ditagih UiTM FC apabila kelab tersebut mengesahkan ketua jurulatih kelahiran Jerman itu masih dikekalkan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Kelab yang menamatkan saingan CIMB Liga Super Malaysia Malaysia dan suku akhir TM Piala Malaysia 2020 itu turut mengekalkan khidmat sembilan tempatan apabila menawarkan kontrak lanjutan kepada Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri, Muhammad Azam Jais, Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi, Muhammad Faizal Mohd Arif, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhamad Nashran Elias, Mohammad Shafiq Al Hafiz Dawawi, Muhammad Nazirul Hasif Mailang dan Muhamad Rafie Mat Yaacob.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Presiden UiTM FC, Prof Dr. Azizan Abdullah dalam satu sidang media khas yang diadakan sebentar tadi di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

”Pada hari ini, saya dengan sukacitanya akan memperkenalkan ketua jurulatih yang akan melatih pasukan UiTM FC bagi musim 2021.”

”Panel temuduga telah memaklumkan kepada saya calon yang berjaya merupakan jurulatih berpengalaman dan telah meletakkan pasukan UiTM FC sebaris dengan pasukan-pasukan berpengalaman pada musim 2020.”

”Jurulatih yang saya maksudkan ialah Frank Bernhardt. Pengurusan UiTM penuh yakin di atas kemampuan Frank Bernhardt untuk memimpin pasukan UiTM FC buat musim kedua dengan pencapaian yang lebih gemilang.”

”Saya juga ingin memaklumkan bahawa UiTM FC telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak kepada sembilan pemain tempatan. Kita juga masih dalam perbincangan  di peringkat akhir dengan tiga pemain lagi.”

”Bagi melengkapkan pemain-pemain tempatan, satu sesi pemilihan terbuka akan diadakan pada bulan Disember. Jadi, saya menjemput para pemain sedia ada yang tidak tersenarai pada hari ini bersama-sama para pemain dari universiti awam dan swasta untuk datang ke sesi pemilihan yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” ujar Azizan lagi.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan dari bigblue.tv berhubung spekulasi melibatkan Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham ke Perak, perkara tersebut disahkan oleh Azizan yang menyebut tonggak pertahanan itu bakal berhijrah ke skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu.

Baca artikel lain dari kami mengenai UiTM FC:

UiTM FC Berjaya Tahan Frank Bernhardt Daripada Cubaan ‘Dipancing’

Faizal Arif: UiTM FC Tetap Waspada Cabaran Perak

MSL 2020: UiTM FC Sasar Tamatkan Musim Pertama Di Kelompok Enam Teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram