UiTM FC Beri Sumbangan, Bantu Ringankan Beban Penyokong

Kerjasama Semuanya BOLA

UiTM FC

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM FC) mengambil inisiatif terpuji apabila turut serta dalam memberikan sumbangan kepada pelajar universiti tersebut yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan.

Seperti diketahui, pelajar-pelajar UiTM sentiasa menjadi tunjang kekuatan dengan memberikan sokongan padu buat pasukan itu setiap kali beraksi terutamanya ketika di Stadium UiTM, Shah Alam.

Atas dasar kemanusiaan dan menghargai sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan mereka, ketua pasukan, Muhammad Faizal Arif melihat sesuatu perlu dilakukan untuk menghargai para penyokong ini.

“Sudah sampai masanya kita pula menghulurkan sumbangan kepada mereka. Jika selama ini pemain UiTM FC sentiasa mengharapkan sokongan mereka sebagai penyuntik semangat, kini kita pula membantu mereka,” ujar Faizal kepada Selangorkini.

BANTU KAMI UNTUK BANTU PELAJAR.Atas semangat UiTM DI HATI, pasukan UiTM FC hari ini melancarkan #TabungKhasCovid19UiTM…

Posted by UiTM FC on Wednesday, 1 April 2020

Sumbangan bernilai RM10,320 hasil kutipan daripada pegawai, jurulatih dan para pemain skuad Liga Super, skuad piala presiden dan skuad piala belia UiTM FC itu telah diserahkan kepada Tabung Khas COVID-19 UiTM yang dilancarkan pada 1 April lalu.

Cek sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) yang juga merupakan Presiden UiTM FC, YBhg. Prof. Dr. Azizan Abdullah kepada YBhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM, dua hari lalu.

Langkah yang amat dipuji dan diharapkan ada lagi pasukan dalam saingan Liga Malaysia dapat membantu insan yang lebih memerlukan bantuan susulan serangan wabak ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply