UEL: Wilshere Mendapat Pujian, Giroud Cetak Gol Seabad

Arsenal menang 2-4 ke atas Bate Borisov dalam saingan UEL. Apa yang menjadi tumpuan adalah persembahan memukau Jack Wilshere di dalam perlawanan ini yang menjadi nadi penting Arsenal.

Arsenal mengekalkan sistem bek bertiga dengan menurunkan 2 bek sayap muda mereka iaitu Reiss Nelson dan Ainsley Maitland-Niles.

Ini adalah kemenangan pertama Arsenal di tempat lawan pada musim ini di dalam semua pertandingan.

Walcott hampir menjaringkan gol pertama Arsenal, selepas menerima hantaran Wilsher namun percubaan beliau terkena tiang.

Tidak lama selepas itu gandingan ini mencipta peluang lagi kali ini Walcott menyudahkan hantaran Wilshere pada minit ke-9.

Walcott menjaringkan gol kedua selepas kesilapan penjaga gol Bate yang menghantar bola terus kepada Walcott.

Rob Holding menjaringkan gol ke-3 dan ia adalah gol pertama beliau untuk Arsenal. Bate merapatkan kedudukan menerusi Ivanic.

Namun begitu, Arsenal dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Giroud pada minit ke-49.

Ini adalah gol ke-100 Giroud untuk Arsenal setakat ini. Beliau menjadi pemain Arsenal ke-19 memasuki kelab 100 gol untuk The Gunners.

Bate cuba menghidupkan perjuangan mereka dengan gol ke-2 oleh Gordeychuk pada minit ke-67.

Namun Arsenal berjaya memastikan mereka tidak terlepas 3 mata di dalam perlawanan ini. Arsenal kini menduduki tangga teratas kumpulan H. Dalam satu lagi perlawanan Koln tewas 1-0 di tangan Red Star Belgrade.

Penyokong Arsenal gembira dengan kemenangan ini lebih-lebih lagi Arsenal menurunkan ramai pemain muda ataupun pilihan ke-3 ataupun ke-4.

Aksi cemerlang Wilshere juga menjadi tumpuan dan beliau memang pemain yang masih berDNA Wengerball.

Tahniah Arsenal, aksi cemerlang yang selayaknya mendapat 3 mata!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN