UEL 2019/20: Wolves Teruskan Kemaraan Ke Peringkat 32 Terbaik

Wolves

Langkah Wolverhampton Wanderers di pentas Eropah semakin panjang apabila wakil England itu berjaya menempah slot ke pusingan 32 terbaik Liga Europa 2019/20 bagi mengiringi SC Braga.

Meskipun terlepas peluang untuk meraih kemenangan selepas memiliki kelebihan dua jaringan pada satu ketika sebelum diikat 3-3 oleh SC Braga, skuad bimbingan Nuno Esprito Santo itu harus berterima kasih kepada Besiktas.

Hal ini kerana skuad berpangkalan di Istanbul, Turki telah menewaskan pasukan di tangga ketiga, Slovan Bratislava dengan keputusan 2-1 dalam satu lagi aksi kumpulan K.

Kemaraan tersebut nyata seiring dengan prestasi baik Wolves dalam saingan domestik [Liga Perdana Inggeris] yang menyaksikan mereka kini menduduki tangga kelima selepas mengharungi 13 perlawanan.

The Wanderers bagaimanapun tersentak seawal minit keenam selepas rembatan dari luar kawasan penalti oleh Andre Horta yang membias terkena pertahanan lalu gagal diselamatkan penjaga gol, Rui Patricio.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Wolves memperkemaskan aksi dan kembali menyamakan kedudukan di minit ke-13 susulan tandukan Raul Jimenez yang menyambut baik hantaran lintang daripada Jonny.

Bagaikan mendapat tonik berguna hasil daripada jaringan itu, Wolves semakin garang dengan dua jaringan pantas pada minit ke-34 dan 35.

Ia dimulakan dengan jaringan menerusi tandukan Matt Doherty selepas menerima umpanan cantik daripada Jimenez dan seminit kemudian giliran Adama Traore menjadikan kedudukan 3-1.

Kelebihan dua jaringan rupanya bukanlah bekalan selesa buat Wolves apabila tuan rumah tampil dengan lebih tajam di hadapan gol ketika perlawanan babak kedua kembali bersambung.

Paulinho merapatkan kedudukan pada minit ke-65 dan kemudiannya Fransergio menjadikan kedudukan 3-3 untuk SC Braga menyelamatkan maruah mereka di hadapan penyokong sendiri.

Satu mata yang dikongsi kedua-dua pasukan itu menyaksikan SC Braga masih kekal di tangga teratas dengan 11 mata manakala Wolves mengekori rapat dengan 10 mata.

Sementara itu, Slovan Bratislava yang mensia-siakan peluang untuk merebut tempat ke saingan kalah mati sekadar memungut empat mata, satu mata di hadapan Besiktas yang menghuni tangga terbawah kumpulan K.

Kredit foto: Wolverhampton Wanderers FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN