UEL 2019/20: Skuad Muda Manchester United Tumbang Di Astana

Barisan pemain muda Manchester United diberi pelajaran berharga oleh FC Astana selepas ditewaskan buat kali pertama dalam aksi kumpulan L saingan Liga Europa (UEL) dengan kekalahan 2-1.

Dengan Manchester United telah pun layak ke pusingan 32 terakhir, pengurus Ole Gunnar Solskjaer memilih sejumlah besar pemain muda untuk dibawa ke Kazakhstan.

Hanya empat pemain senior yang turut serta dalam kunjungan ini iaitu Lee Grant, Axel Tuanzebe, luke Shaw dan kapten pasukan Jesse Lingard.

Seluruh kesebelasan utama berbeza dengan pemain yang memulakan perlawanan ketika pasukan itu seri 3-3 dengan Sheffiled United pada hujung minggu lepas.

Penyerang, Mason Greenwood yang muncul selaku penjaring gol ketika berdepan The Blades diturunkan sebagai pemain utama selain Jesse Lingard dan Axel Tuanzebe yang masuk sebagai pemain gantian pada Ahad lepas turut mendapat peluang.

Dengan 14 daripada 18 pemain yang dibawa adalah berusia 17 hingga 19 tahun, sembilan daripada kesebelasan utama merupakan produk akademi United. Max Taylor yang baru sembuh dari penyakit barah testis disenaraikan di bangku simpanan.

https://twitter.com/UnitedNewsApp/status/1200121097137655811?s=20

Lingard yang menjadi pemain paling tua buat pasukan pelawat meletakkan United di hadapan seawal minit ke-10 apabila rembatannya dari luar kotak penalti menemui sudut kiri gawang gol yang dikawal Nenad Eric. Gol itu mengakhiri kemarau jaringan pemain itu sejak awal Januari tahun ini.

Tahith Chong berupaya untuk menggandakan kedudukan selepas rehat separuh masa, tetapi beliau mensia-siakan peluang sekalipun gawang sudah terbuka luas di hadapannya.

Namun akhirnya Astana yang bertindak menghukum United untuk bolos buat kali pertama di saingan peringkat kumpulan UEL menerusi Dmitriy Shomko yang melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan Lee Grant.

Tujuh minit kemudian, juara Liga Kazakhstan enam kali berturut-turut itu menambah satu lagi gol selepas hantaran lintang Antonio Rukavina terkena badan Di’Shon Bernard dan terus menerjah masuk ke dalam gawang United.

United cuba untuk bangkit mengikat kedudukan menerusi Angel Gomes dan Mason Greenwood, namun demikian kecekapan Eric berjaya memastikan kemenangan pertama Astana dalam kempen UEL pada musim ini.

Skuad muda The Red Devils dilihat berjaya menguasai bola dan mengawal permainan, namun mereka gagal menterjemahkan permainan cantik mereka dengan jaringan gol.

United akan berdepan kelab Belanda, AZ Alkmaar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 12 Disember ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN