UEL 2019/20: Celtic Bangkit Pada Minit Akhir, Rangers Bawa Pulang Satu Mata Dari Porto

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Tandukan Christopher Jullien dua minit sebelum tamat masa permainan memastikan Celtic bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Lazio dalam Kempen Liga Europa (UEL) awal pagi tadi di Parkhead.

Lazio di Glasgow dengan misi membawa pulang mata penting dan telebih dahulu mendahului menerusi Manuel Lazzari yang rembatan kencang mengatasi Fraser Foster pada minit ke-40.

Kelab Itali itu berpeluang menambah jaringan menerusi serangan balas pantas selepas satu jam permainan tetapi sepakan Joaquin Correa hanya mengenai tiang. Dua minit selepas itu Celtic menyamakan kedudukan hasil jaringan Ryan Chtistie yang menyudahkan hantaran Odsonne Edourd.

Celtic akhirnya muncul pemenang hanya seminit sebelum tamat masa sebenar permainan selepas pemain pertahanan, Jullien menanduk bola yang dihantar oleh Ryan Christie dari sepakan sudut sebelum Fraser Foster melakukan tindakan menyelamat yang menakjubkan pada masa kecederaan.

Kemenangan itu meletakkan Celtic kekal mendahului kumpulan E dengan tujuh mata mengatasi kelab Romania, Cluj di tempat kedua dengan enam mata selepas menundukkan pasukan tercorot, Rennes.

Satu lagi kelab Scotland, Rangers berjaya mencuri satu mata dari tuan rumah Porto selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan ketiga kumpulan G dalam kempen Liga Europa (UEL).

Penjaga gol, Allan McGregor muncul hero pasukan dengan aksi menyelamat berganda pada hujung perlawanan untuk memastikan skuad kendalian Steven Gerrard menamatkan perlawanan ketiga ini dengan berada di kedudukan kedua kumpulan.

Luis Diaz meletakkan pasukan tuan rumah di depan selepas 36 minit, tetapi Alfredo Morales menjaringkan gol ke-10 dalam 11 perlawanan UEL untuk menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat babak pertama.

Kedua-dua pasukan yang kini terikat dengan empat mata akan bertemu sekali lagi 7 November ini. Kelab Switzerland Young Boys yang menewaskan Feyenoord 2-0 kini mendahului kumpulan G dengan enam mata.