Keputusan Undian UEL 2017/18, Everton Dan Lyon Sekumpulan, Arsenal Bersaing Dengan Koln

Perkara pertama yang terus berlegar di kepala kami adalah Lukas Podolski. Ini kerana Arsenal diundi bersama-sama dengan bekas kelab beliau satu ketika dahulu. Podolski pada masa yang sama bekas pemain Arsenal.

Selain daripada Koln, Arsenal juga akan disaingi Bate Barisov. Ini adalah pertama kali Arsenal bermain di Europa League sejak dibimbing oleh Arsene Wenger.

Pasukan berbelanja besar, Everton diundi satu kumpulan dengan Lyon. Atlanta juga diundi di dalam kumpulan ini dan dijangka boleh menjadi pengacau kepada 2 pasukan ini.

48 pasukan akan bersaing dalam UEL musim ini, dan sepak mula peringkat kumpulan adalah pada 14 September.

Berikut adalah senarai penuh undian.

Kumpulan A: Villarreal (ESP), Maccabi Tel-Aviv (ISR), Astana (KAZ), Slavia Praha (CZE)

Kumpulan B: Dynamo Kyiv (UKR), Young Boys (SUI), Partizan (SRB), Skënderbeu (ALB)

Kumpulan C: Braga (POR), Ludogorets Razgrad (BUL), Hoffenheim (GER), İstanbul Başakşehir (TUR)

Kumpulan D: AC Milan (ITA), Austria Wien (AUT), Rijeka (CRO), AEK Athens (GRE)

Kumpulan E: Lyon (FRA), Everton (ENG), Atalanta (ITA), Apollon Limassol (CYP)

Kumpulan F: København (DEN), Lokomotiv Moskva (RUS), Sheriff (MDA), Zlín (CZE)

Kumpulan G: Viktoria Plzeň (CZE), FCSB (ROU), Hapoel Beer-Sheva (ISR), Lugano (SUI)

Kumpulan H: Arsenal (ENG), BATE Borisov (BLR), Köln (GER), Crvena zvezda (SRB)

Kumpulan I: Salzburg (AUT), Marseille (FRA), Vitória SC (POR), Konyaspor (TUR)

Kumpulan J: Athletic Club (ESP), Hertha Berlin (GER), Zorya (UKR), Östersund (SWE)

Kumpulan K: Lazio (ITA), Nice (FRA), Zulte Waregem (BEL), Vitesse (NED)

Kumpulan L: Zenit (RUS), Real Sociedad (ESP), Rosenborg (NOR), Vardar (MKD)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN