UEFA Putuskan RB Leipzig & RB Salzburg Boleh Bertanding Dalam Saingan UCL Serentak

Pihak UEFA telah memutuskan yang 2 kelab yang dimiliki oleh syarikat minuman tenaga Red Bull dibenarkan untuk beraksi serentak dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan.

Sebelum ini, pihak UEFA telah menetapkan yang tidak boleh ada 2 pasukan yang dimiliki oleh entiti yang sama menyertai sebarang kejohanan anjuran UEFA.

Jadi pada peraturannya, jika ada 2 kelab yang dimiliki oleh entiti yang sama layak ke kejohanan UEFA maka slot akan diutamakan kepada mereka yang bergelar juara.

Dalam kes ni, RB Salzburg sepatutnya diberi keutamaan kerana mereka adalah juara Liga Austria manakala RB Leipzig merupakan naib juara Bundesliga.

Akan tetapi, persoalan tersebut dihapuskan apabila RB Leipzig dan RB Salzburg bukanlah dimiliki oleh pihak yang sama.

RB Leipzig dimiliki oleh pihak Red Bull sementara bagi RB Salzburg pula Red Bull hanya bertindak sebagai penaja sahaja tanpa mengawal sebarang keputusan kelab tersebut.

Oleh kerana itu, kedua-dua kelab ini dibenarkan untuk bertanding di pertandingan UEFA musim hadapan secara serentak.

Jadi jumpa di saingan UCL musim hadapan ya, RB Leipzig & RB Salzburg!

Sumber:

  1. BBC Sport: Champions League: RB Leipzig and Red Bull Salzburg both allowed to compete; http://www.bbc.com/sport/football/40348340
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram