UEFA Rancang Perlawanan Akhir UCL Pada 29 Ogos

UEFA Champions League

Persatuan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sedang merancang untuk mengadakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2019/20 pada 20 Ogos.

Badan induk bola sepak Eropah itu akan bermesyuarat pada 23 April untuk membincangkan bagaimana mahu melengkapkan semua saingan termasuk kejohanan Eropah ketika semua aksi kini sedang digantung ekoran pandemik wabak Covid-19.

Setakat ini semua pihak dijangkan akan bersetuju bahawa aksi liga adalah keutamaan untuk ditamatkan lebih awal berbanding membatalkannya. Tetapi ia mesti ditamatkan selewat-lewatnya pada penghujung Ogos.

Ini bermakna perlawanan akhir UCL yang dijadualkan berlangsung di Istanbul, Turki pada 29 Ogos dengan perlawanan akhir Liga Europa (UEL) pula akan berlangsung tiga hari lebih awal daripada tarikh tersebut.

UEFA sebelum ini meletakkan tiga pilihan untuk menyambung semula pertandingan sama ada pada pertengahan Mei, Jun ataupun selewat-lewatnya penghujung Jun.

Kini dua senario sedang dipertimbangkan. Pertama, perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik seperti biasa pada Julai dan Ogos.

Kedua, perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung sekali sehaja selapas semua aksi liga domestik berakhir dengan menjadikan ianya seperti kejohanan mini.

Empat daripada lapan pasukan yang beraksi di suku akhir sudah pun diketahui iaitu Atalanta, RB Leipzig, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).

Untuk UEL, penjadualan menjadi lebih rumit memandangkan masih ada empat perlawanan daripada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir masih belum selesai.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh UEFA, mesyuarat yang melibatkan 55 ahli gabungan itu juga akan membincangkan mengenai soal impak kewangan daripada krisis yang berlaku.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram