UEFA Umum Peraturan Baharu, Pemain Boleh Wakili 2 Kelab Dalam Saingan UCL

Kerjasama Semuanya BOLA

Pihak UEFA telah mengambil satu langkah drastik melibatkan peraturan pemain dalam saingan UEFA Champions League (UCL) dan Europa League (UEL).

Bermula musim hadapan, seorang pemain boleh beraksi untuk 2 kelab yang berlainan yang bersaing di dalam satu kejohanan yang sama tidak kira UCL atau UEL.

Pada musim ini, pemain seperti Philippe Coutinho dan juga Pierre-Emerick Aubameyang tidak dibenarkan beraksi untuk pasukan baharu mereka dalam saingan Eropah kerana peraturan ini.

Liverpool’s Brazilian midfielder Philippe Coutinho (C) celebrates scoring their fifth goal and completing his hattrick with Liverpool’s Egyptian midfielder Mohamed Salah (2L), Liverpool’s Brazilian midfielder Roberto Firmino (R) and Liverpool’s Senegalese midfielder Sadio Mane (L) during the UEFA Champions League Group E football match between Liverpool and Spartak Moscow at Anfield in Liverpool, north-west England on December 6, 2017. / AFP PHOTO / Paul ELLIS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Namun begitu, peraturan tersebut akan dimansuhkan oleh pihak UEFA.

Dalam kes berlainan, Henrikh Mkhitaryan dibenarkan mewakili Arsenal dalam saingan UEL selepas berpindah dari Manchester United.

Perkara ini disebabkan kedua-dua kelab Premier League itu beraksi dalam 2 saingan Eropah yang berbeza dengan Arsenal di UEL dan Manchester United di UCL.

Pemain keempat

UEFA juga turut memperkenalkan pemain pertukaran keempat dalam saingan UCL dan juga UCL pada musim akan datang.

Pemain pertukaran keempat ini hanya akan digunakan apabila permainan memasuki masa tambahan 30 minit.

Kelechi Iheanacho merupakan pemain pertukaran keempat pertama dalam sejarah pada saingan domestik England musim lalu.

Sementara itu, UEFA juga akan membenarkan pasukan untuk menamakan 12 pemain simpanan di perlawanan akhir UCL dan UEL.

Perubahan ini membolehkan pengurus mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini yang menyaksikan mereka hanya dibenarkan menamakan 7 pemain simpanan sahaja.

Perubahan yang dilakukan UEFA ini pastinya akan mengubah landskap pertandingan UCL dan juga UEL.

Apa pendapat anda mengenai perubahan ini? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram