UEFA: Bermain Tanpa Penonton Lebih Baik Berbanding Langsung Tak Beraksi

Iklan

UEFA

Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin beranggapan langkah bermain tanpa penyokong adalah perkara yang lebih baik berbanding tiada langsung permainan diadakan pada tahun ini.

Keadaan itu juga disifatkan oleh Ceferin sedikit sebanyak dapat mengembalikan kehidupan normal buat para penyokong bola sepak.

Perjalanan bola sepak di seluruh dunia ‘lumpuh’ buat seketika setelah penularan wabak COVID-19 yang telah banyak meragut nyawa orang ramai. Ia telah menyebabkan segala aktiviti bola sepak terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Bagaimanapun, LaLiga dikhabarkan telah membenarkan pasukan bertanding untuk kembali menjalani latihan selagi kelab-kelab mengamalkan penjarakan sosial yang telah ditetapkan.

MADRID, SPAIN – MARCH 07: (BILD ZEITUNG OUT) referee Alejandro Jose Hernandez Hernandez gestures during the Liga match between Club Atletico de Madrid and Sevilla FC at Wanda Metropolitano on March 7, 2020 in Madrid, Spain. (Photo by Alejandro Rios/DeFodi Images via Getty Images)

”Yang menjadi keutamaan adalah kesihatan penyokong, pemain dan berisan pengurusan pasukan.”

”Saya adalah seorang yang optimis dengan alam sekitar, saya percaya terdapat pilihan di mana boleh membenarkan kami memulakan kejohanan dan menamatkannya,” ujar Ceferin menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Kami akan mengadakan perlawanan tanpa kehadiran penonton, tetapi saya merasakan perkara yang paling penting adalah untuk kembali beraksi.”

”Pada masa-masa sukar seperti ini, ia akan memberikan kegembiraan dan rasa normal buat orang ramai walaupun perlawanan hanya dapat disaksikan di kaca televisyen sahaja,” ujar Aleksander Ceferin lagi.

Kredit foto: Lukas Schulze – UEFA/UEFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai UEFA:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram