UEFA Cadang Tamatkan Penggunaan Peraturan Gol Di Tempat Lawan

UEFA

Nampaknya, kita akan kembali seperti masa dahulu.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA telah bercadang untuk menghapuskan peraturan gol di tempat lawan atau away goal rule dalam semua kejohanan anjuran mereka selepas ini.

Laporan Eurosport memetik yang UEFA kini sedang mendapatkan kelulusan dari ahli jawatankuasa untuk menghapuskan peraturan tersebut.

Jika mendapat kelulusan, peraturan tersebut akan menamatkan hayatnya dalam kejohanan anjuran UEFA selepas 56 tahun diperkenalkan.

Peraturan gol di tempat lawan memberikan keseronokan yang berbeza banding aksi timbal balik yang tidak menggunakan format tersebut.

Ianya membuatkan setiap gol amat penting bagi kedua-dua pasukan selain ia juga dapat mengekang perlawanan daripada berlarutan sehingga ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

Bagi penganalisis Sky Sports, Jamie Carragher jelas sekali menentang idea tersebut dengan mengatakan tindakan UEFA akan membuatkan mereka tersilap besar.

“Peraturan gol di tempat lawan di Eropah membuatkan bola sepak lebih menyeronokkan. Sila baca bebenang ini UEFA untuk sebab mengapa anda melakukan kesilapan yang besar,” kata Carragher di Twitternya.

Apa pendapat anda? Patutkah peraturan gol di tempat lawan ini dimansuhkan atau tidak?

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:

Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Juventus

Akibat Tekanan, Koeman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Serangan Anxiety

Werner Harap Muller Boleh Bantu Beliau Dapatkan Gol Di EURO 2020

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply