UEFA Bakal Wujudkan Kejohanan Kelab Eropah Ke-3, Desak Pembaharuan Kalendar Antarabangsa

UEFA kini dalam proses untuk mewujudkan 1 lagi kejohanan antara kelab di Eropah. Ini selepas UCL dan UEL.

Hal itu disahkan sendiri oleh European Club Association (ECA). Namun ianya masih dalam perbicangan awal.

Kertas cadangan menyebut bahawa kejohanan Eropah ke-3 itu akan berlangsung pada 2021/22.

Pengerusi ECA, Andrea Agnelli berkata pihak mereka sedang mengkaji untuk menambah 16 lagi pasukan terlibat dalam kejohanan Eropah. Setakat ini sudah 96 pasukan terlibat.

Kalendar kejohanan tersebut dijangka akan dilangsungkan sama dengan kalendar UCL dan UEL. Agnelli berkata:

“Perkara ini masih menunggu pengesahan daripada jawatankuasa pertandingan. Seelum ini lampu hijau sudah diberikan.”

“Jika cadangan ini diterima, akan ada 96 pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan Eropah pada musim 2021/22.”

Agnelli, yang merupakan Presiden Juventus, meminta supaya lebih banyak kejohanan Eropah berbanding dengan aksi domestik.

ECA sebelum ini mendapat tentangan ketika mencadangkan Liga Super Eropah. Kerana ia seakan-akan bersifat ekkslusif dan tidak terbuka kepada liga kecil Eropah untuk bertanding.

Ia bertentangan dengan prinsip UEFA yang mahu membuka persaingan kepada semua liga.

Agnelli menyatakan idea ini bukanlah terlalu luar biasa kerana dahulu UEFA ada Cup Winners’ Cup yang merupakan kejohanan Eropah ke-3 dalam semusim.

Namun ianya ditamatkan selepas musim 199, di mana Lazio adalah juara terakhir.

Selain daripada cadangan kejohanan Eropah ke-3, Agnelli juga meminta pindaan tarih kalendar antarabangsa dirombak.
Ini kerana UEFA sudah ada UEFA Nations League.

“Butiran daripada penilaian untuk kelendar antarabangsan sangat penting untuk mewujudkan model jadual baharu menjelang 2024.”

“Model kalendar yang ada sekarang perlukan pembaharuan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN