UCL: PSG Benam Bayern Munich 3-0, Alves, Cavani Dan Neymar Menjaringkan Gol!

Agak ironi apabila 3 watak kontroversi di dalam kem PSG selepas insiden di Lyon tempoh hari menjaringkan gol untuk PSG dalam perlawanan besar menentang Bayern Munich.

Dani Alves membuka tirai jaringan selepas Neymar melakukan hantaran yang menukar arah bola mengejut ke kanan. Alves yang tidak dikawal dengan tenang melakukan penyudah berkesan.

Cavani kemudian menambah gol kedua PSG pada minit ke-31. Neymar dan Cavani meraikan gol bersama-sama dengan rakan yang lain.

Neymar kemudian melengkapkan malam derita Bayern dengan gol ketiga. Mbappe menjadi pemain penting sekali lagi dalam menjadi arkitek gol ini.

Bayern Munich melakukan 16 percubaan ke arah gol dan 18 sepakan penjuru di dalam perlawanan ini. Namun masih gagal menghasilkan sebarang gol.

Minggu lalu Bayern dikejutkan oleh Wolfsburg yang mengejar pendahuluan 2 gol mereka. Carlo Ancelotti kini di dalam tekanan untuk memulihkan semula sengat pasukan Bayern Munich.

PSG berjaya melupakan beberapa isu melanda mereka sebelum ini. Dalam perlawanan menentang Montepellier sebelum ini, ia dianggap antara aksi terburuk mereka.

Tetapi kali ini skuad Unai Emery membuktikan yang mereka adalah pasukan yang berada dalam status pasukan pilihan untuk UCL kali ini.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Celtic menang ke atas Anderlecht 0-3 di tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN