Quantcast

BERITA

UCL: Hatrik Sterling Bantu Man City Bangkit Dan Bantai Atalanta

Manchester City melayan kunjungan ‘debutant’ dalam UCL musim ini iaitu Atalanta.

Manchester City memulakan perlawanan dengan agak goyah. Atalanta pula mengekalkan corak permainan mereka yang ‘high press’ pada awal perlawanan ini.

Benjamin Mendy dilayangkan kad kuning pada awal perlawanan selepas cuba memperbetulkan kekalutan yang mereka lakukan.

Pada minit ke-28, Fernandinho melakukan kekasaran di dalam kotak penalti. Atalanta di hadapan menerusi penalti oleh Ruslan Malinovskiy.

Tersentak dengan jaringan itu, Manchester City memberikan respon yang sangat baik. Mereka lebih teratur dan kemas di dalam permainan.

Raheem Sterling – pemain terbaik perlawanan – melakukan hantaran lintang yang menemui Aguero. Penyerang sensasi Man. City itu menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Tiga minit kemudian, Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti. Satu lagi penalti dihadiahkan pengadil dalam perlawanan ini. Sergio Aguero menyempurnakannya dengan sangat tenang.

Pada separuh masa kedua, Raheem Sterling melakukan hatrik. Beliau membuka tirai jaringan peribadi pada minit ke-57. Ianya satu gol berpasukan yang sangat baik, selepas De Bruyne menghantar kepada Phil Foden.

Foden yang tidak tamak, melorongkan bola itu kepada Sterling.

Sterling kemudian menambah 1 lagi gol, enam minit kemudian. Beliau menyempurnakan hantaran oleh Ilkay Gundongan.

Sterling melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-64, menyempurnakan hantaran Riyad Mahrez.

Pada akhir babak perlawanan, Phil Foden dilayangkan kad kuning kedua. Beliau pemain yang cemerlang sepanjang aksi malam tadi.