UCL: 5 Sebab RB Leipzig Akan Tambah Kekecewaan Penyokong Liverpool Musim Ini

Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada RB Leipzig dalam perlawanan timbal balik di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA Cgampions League (UCL) pada awal pagi nanti.

Walaupun beraksi selaku tuan rumah, perlawanan akan diadakan di Puskas Arena disebabkan SOP Covid-19. Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menang 2-0 dalam perlawanan pertama di Budapest dua minggu lalu.

Di sebalik kelebihan tersebut, laluan Liverpool dilihat penuh dengan onak duri mengambil kira prestasi terkini skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Berikut adalah lima perkara mengapa harapan penyokong Liverpool berkemungkinan akan berakhir dengan kekecewaan sekali lagi.

1. Jurgen Klopp ketandusan idea

Jurgen Klopp sering dikenali sebagai watak yang memiliki karisma luar biasa dan penuh semangat setiap kali berada di kawasan teknikal ketika permainan sedang berlangsung. Kali ini keadaannya berbeza. Hanya wajah kekecewaan sahaja yang sering ditampilkan.

Buat masa ini apa yang jelas pakar taktikal dari Jerman ini seolah-olah kekeringan idea, perkara yang menerbitkan harapan di kem Leipzig untuk menang perlawanan pada awal pagi nanti.

(Photo by Peter Byrne / POOL / AFP)

Beberapa keputusan oleh Klopp sejak beberapa perlawanan lalu telah menimbulkan persoalan. Misalnya beliau mengeluarkan penyerang utama pada ketika ketinggalan satu gol pada babak akhir perlawanan. Beliau juga memasukkan pemain yang lebih cenderung untuk bertahan tatkala pasukan memerlukan kreativiti dalam serangan.

Prestasi buruk Liverpool apda musim ini seakan-akan telah meragut keyakinan Klopp. Setiap pasukan yang berkunjung ke Anfield pada hari ini berani mengimpikan kemenangan.

2. RB Leipzig berada di kemuncak prestasi

Daripada sembilan perlawanan terakhir yang dilalui, RB Leipzig telah menang lapan daripadanya. Sepanjang perlawanan tersebut, Leipzig dengan rakusnya menyumbat 21 gol dan merekodkan enam clean sheets. Satu-satunya kekalahan sebelum ini ialah kepada Liverpool apabila tewas 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik sebelum ini.

Ini bermakna Leipzig berada di prestasi terbaik mereka sejak kekalahan kepada lawan sama dua minggu lalu. Dalam tempoh yang sama, Liverpool pula hanya mampu menjilat luka sendiri yang semakin parah.

(Photo by Attila KISBENEDEK / AFP)

Bahagian serangan Leipzig pada ketika ini dilihat amat bernafsu dan ia merupakan ancaman utama kepada bahagian pertahanan Liverpool yang rapuh. Kehadiran pemain seperti Nordi Mukiele dan Dayot Upamecano pula akan memperkuatkan kembali benteng Leipzig.

Liverpool seperti memerlukan keajaiban untuk menghalang wakil Bundesliga itu kali ini.

3. Trio serangan kemarau gol

Berbanding bahagian serangan Leipzig yang begitu nafsu, trio serangan Liverpool yang dicanang sebagai antara terbaik dunia kini dilanda kemarau gol. Gandingan Mohames Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dilihat seperti hilang arah.

Untuk rekod gandingan ketiga-tiga pemain hanya mampu menjaringkan empat gol dari lapan perlawanan terakhir di semua pertandingan. Ini termasuklah satu gol hasil sepakan penalti.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Dari empat perlawanan terakhir pula, trio Liverpool hanya berjaya menjaringkan satu gol.

Ketandusan ini menjadi punca utama Liverpool gagal mempertahankan kejuaraan Premier League pada musim lalu, dan kemungkinan turut akan gagal ke pertandingan elit eropah ini pada musim hadapan jika situasi sama berterusan.

Jika ketiga-tiganya gagal mempamerkan aksi yang diharapkan pada awal pagi nanti, maka tidak mustahil cabaran Liverpool di eropah pada musim ini juga akan berakhir awal.

4. RB Leipzig senang gelaran underdogs

Walaupun berada di dalam situasi yang lebih mantap, Leipzig tetap akan tampil menentang Liverpool sebagai pasukan underdogs. Sedikit sebanyak keadaan ini meletakkan tekanan kepada Liverpool untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang diperolehi dalam perlawanan pertama lalu.

Dalam sidang media menjelang perlawanan, bintang Leipzig, Angelino dipetik sebagai berkata:

“Saya berpendapat tekanan lebih banyak kepada Liverpool berbanding kami. Kami hanya sebuah pasukan underdogs dalam pertandingan ini.”

(Photo by ANNEGRET HILSE / POOL / AFP) / DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO

Angelino jelas merujuk kepada prestasi semasa Liverpool yang buruk. Pada masa yang sama pemain berasal dari Sepanyol itu turut memberi indikasi Leipzig tidak gentar berhadapan keperkasaan Liverpool yang selama ini sinonim dengan kejayaan di Eropah. Ia bukan perkara menghairankan selepas Leipzig sering kali menampilkan karakter melawan mereka dalam beberapa perlawanan lalu.

Terbaru, skuad kendalian Julian Nagelsmann ini bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas Borussia Monchengladbach dalam aksi Bundesliga.

Semifinalist pada musim lalu ini bukan sekadar memiliki kualiti, malah turut mempunyai keinginan yang tinggi untuk pergi lebih jauh dalam pertandingan ini. Bezanya pada musim ini mereka mahu melakukannya tanpa penyerang sensasi mereka sebelum ini, Timo Werner yang sudah berhijrah menyertai Chelsea.

5. Skuad Liverpool paling lemah

Skuad Liverpool ini sudah dilabel sebagai juara bertahan paling lemah dalam sejarah Premier League. Malah skuad ini juga berkemungkinan adalah skuad Liverpool paling lemah yang pernah tampil di Champions League sejak bertahun-tahun.

Kali terakhir Liverpool tampil begitu rapuh, tumpul dan tidak mempunyai sebarang inspirasi dalam permainan mereka di eropah seperti pada hari ini disamakan dengan Liverpool pada era Brendan Rodgers.

Selepas dua musim menakjubkan, Liverpool seperti sudah hilang punca. Krisis kecederaan beberapa pemain utama turut tidak membantu.

Namun ia sepatutnya bukan alasan untuk melalui prestasi seteruk ini mengambil kira faktor banyak pasukan lain turut mengalami nasib yang sama sebelum ini.

Rumusan

Lima perkara di atas membuatkan kelebihan 2-0 milik Liverpool menjelang perlawanan pada awal pagi nanti juga seperti kerapuhan yang rapuh. Musim lalu mereka disingkirkan di peringkat yang sama oleh Atletico Madrid.

Andai kata Liverpool berjaya melepasi cabaran dilemparkan Leipzig dalam perlawanan pagi nanti, ia tidak mengubah hakikat Klopp dan anak-anak buahnya masih perlu mencari tonik keyakinan untuk mengulangi kembali gemilang kejuaraan ke-6 dua tahun lalu.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool melalui pautan di bawah:

Jurgen Klopp Akui Silap Sendiri Kalah Kepada Chelsea

10 Juara Eropah Yang Tampilkan Prestasi Buruk Di Peringkat Domestik

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN