UCL 2020/21: Tandukan Karim Benzema Bantu Kemaraan Real Madrid

Karim Benzema Madrid

Dua gol pada separuh masa pertama menerusi Karim Benzema membantu kemaraan Real Madrid ke peringkat 16 saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 selepas Los Blancos berjaya menundukkan wakil Jerman, Borussia Mönchengladbach 2-0 di Alfredo Di Stefano awal pagi tadi.

Kemenangan itu nyata memberikan kelegaan buat Zinedine Zidane kerana skuad bimbingannya wajib menang ke atas Mönchengladbach sekiranya mahu mengelak daripada tersingkir buat pertama kali daripada persaingan ke peringkat kalah mati.

Kekecewaan tunduk di tangan Shakhtar pada minggu lalu segera dilupakan barisan pemain Real Madrid yang dilihat lebih kemas mengawal permainan dan mencipta banyak peluang jaringan berbanding pasukan lawan.

Segalanya berada di landasan tepat buat skuad tuan rumah apabila hantaran lintang Lucas Vasquez dari sebelah kiri pintu gol Mönchengladbach  seawal minit kesembilan ditanduk masuk Benzema bagi menewaskan penjaga gol berpengalaman, Yann Sommer.

Kelebihan itu dilebarkan Karim Benzema pada minit ke-32 apabila tandukannya setelah menerima hantaran lintang dari Rodrygo sekali lagi gagal dihalang Sommer bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Tidak mahu gawangnya daripada terus dibolosi, Sommer selepas itu tampil dengan lebih cemerlang dengan menafikan beberapa peluang keemasan Real Madrid yang semakin bernafsu untuk menambah jaringan.

Kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat permainan dan Mönchengladbach nyata cukup bertuah dapat mengiringi Real Madrid ke peringkat 16 selepas satu lagi perlawanan melibatkan Shakhtar Donetsk berkesudahan terikat 1-1.

Keputusan itu menyaksikan Shakhtar bakal beraksi di saingan Liga Europa manakala Inter Milan hampa menamatkan kempen UCL musim ini di tangga terakhir.

Kredit featured image: Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Real Madrid:

Zidane Perlukan Dominik Szoboszlai Untuk Pulihkan Real Madrid

Duo Real Madrid Hazard & Casemiro Disahkan Positif COVID-19

Walaupun Ketika Covid-19, Real Madrid Tetap Catat Keuntungan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN