UCL 2020/21: Lewandowski Cipta Rekod Baharu, Bantu Bayern Belasah RB Salzburg

Bayern Munich membelasah Red Bull Salzburg 6-2 untuk mempertahankan rekod kemenangan 100% mereka dalam kempen UEFA Champions League musim ini.

Walaupun tuan rumah mendahului seawal minit ke-4 melalui gol Mergim Berisha, Robert Lewandowski pantas menyamakan kedudukan untuk Bayern menerusi sepakan penalti. Pada hujung separuh masa pertama, Bayern mendahului buat kali pertama selepas pertahanan Rasmus Kristensen menjaringkan gol sendiri.

Pemain gantian Salzburg Masaya Okugawa menyamakan kedudukan 2-2 20 minit selepas separuh masa kedua bermula. Tetapi Bayern kembali mendahului menerusi tandukan Jerome Boateng dari sepakan penjuru.

Selepas gol Boateng itu, Salzburg nampak menjadi lemah semangat sehingga membenarkan tiga lagi gol bolos menerusi lencongan cantik Leroy Sane, tandukan Lewandowski dan gol Lucas Hernandez.

Juara Champions League itu kini telah menang ketiga-tiga perlawanan kumpulan A dan berada lima mata di hadapan Atletico Madrid, yang diikat seri 1-1 oleh Lokomotiv Moscow.

Jika Bayern menang lagi dalam perlawanan kumpulan seterusnya menentang Salzburg di Allianz Arena pada 25 November ini, mereka akan layak ke pusingan ke-16 dengan baki dua perlawanan.

Lewandowski penjaring keempat terbanyak Champions League

Dengan dua gol dalam perlawanan awal pagi tadi, ia menjadikan Lewandowski penjaring keempat terbanyak dalam sejarah Champions League. Penyerang Poland itu kini sudah mencetak 70 gol dalam kejohanan berprestij ini, di belakang Cristiano Ronaldo (130), Lionel Messi (117) dan Raul (71).

Senarai 10 penjaring terbanyak dalam sejarah Champions League adalah seperti berikut:

1. Cristiano Ronaldo (Manchester United, Real Madrid, Juventus) 130
2. Lionel Messi (Barcelona) 117
3. Raul (Real Madrid, Schalke) 71
4. Robert Lewandowski (Borussia Dortmund, Bayern Munich) 70
5. Karim Benzema (Lyon, Real Madrid) 67
6. Ruud van Nistelrooy (PSV Eindhoven, Manchester United, Real Madrid) 56
7. Thierry Henry (Monaco, Arsenal, Barcelona) 50
8. Zlatan Ibrahimovic (Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, PSG, Manchester United) 48
9. Andriy Shevchenko (Dynamo Kyiv, AC Milan, Chelsea) 48
10. Filippo Inzaghi (Juventus, AC Milan) 46 & Thomas Muller (Bayern Munich) 46

Penyerang berusia 32 tahun itu kini sudah menjaringkan 12 gol dalam 10 perlawanan untuk Bayern dalam semua kejohanan pada musim 2020/21. Untuk skuad kebangsaannya, beliau telah menajringkan dua gol dalam dua perlawanan.

Sejak menyertai Bayern dari Borussia Dortmund pada musim panas 2014, Lewandowski telah menjaringkan 257 gol dalam 297 perlawanan. Rekod peribadinya pula mencatatkan lebih 400 gol di peringkat kelab dan 63 gol dalam 114 penampilan antarabangsa.

Pada musim lepas, beliau telah menjaringkan 59 gol dalam 53 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN