UCL 2020/21: Gol Kemenangan Rodrygo Benam Kebangkitan Inter Milan

Jaringan lewat pemain gantian Rodrygo memberikan Real Madrid kemenangan pertama Champions League pada musim ini, selepas dipaksa bekerja keras oleh Inter Milan sebelum menang 3-2 di Estadio Alfredo Di Stefano awal pagi tadi.

Real Madrid bermula dengan baik apabila tekanan Ferland Mendy memaksa Achraf Hakimi untuk melakukan hantaran belakang teruk yang dipintas oleh Karim Benzema untuk gol pertama tuan rumah.

Pertahanan legenda Sergio Ramos kemudiannya menggandakan kelebihan tuan rumah apabila berjaya menanduk sepakan penjuru Toni Kroos. Gol ini merupakan gol ke-100 Ramos untuk Real dan gol ke-55 menerusi tandukan. Beliau juga sah menjadi pemain Los Blancos ke-19 yang berjaya mencetak 100 gol.

Tetapi pendahuluan 2-0 itu hanya bertahan selama dua minit apabila Lautaro Martinez berjaya menyudahkan hantaran backheel cantik Nicolo Barella.

Kemudian Martinez bertukar tugas menjadi penyumbang gol pula apabila tandukannya disudahkan oleh Ivan Perisic pada minit ke-68 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Selepas itu, Inter pula nampak menjadi pilihan untuk membawa pulang tiga mata. Martinez dan Perisic masing-masing mempunyai peluang untuk menambah gol buat pelawat. Tetapi kedua-dua percubaan mereka tidak tepat ke sasaran ketika Thibaut Courtois sudah tewas.

Zinedine Zidane kemudiannya melakukan dua pertukaran penting yang memainkan peranan kepada gol kemenangan Real Madrid. Eden Hazard dan Marco Asensio kedua-duanya dikeluarkan dengan Zidane mahu beralih kepada dua pemain muda Brazil, Vinicius Jr dan Rodrygo.

Percaturan tersebut berjaya apabila pada minit ke-80, Vinicius berjaya menemui larian Rodrygo. Rodrygo terus meledak rembatan kencang padu yang langsung tidak mampu diselamatkan oleh Samir Handanovic.

Dengan kemenangan ini, Real kini mengumpul empat mata, terikat dengan Shakhtar Donetsk di tangga kedua kumpulan B. Borussia Monchengladbach yang baru membelasah Shakhtar 6-0 berada di takhta kumpulan. Inter pula di tangga terbawah dengan hanya dua mata.

Anak buah Antonio Conte kini hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan mereka di semua kejohanan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Rodrygo: Saya Perlu Tenang Dan Teruskan Bekerja

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN