UCL 2019/20: Reaksi Frenkie De Jong Melihat Ajax Tersingkir

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan pemain tengah Barcelona, Frenkie De Jong yang kecewa apabila melihat keputusan perlawanan melibatkan pasukan lamanya.

Semi-finalis kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lepas, Ajax Armsterdam gagal meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati selepas tewas tipis 1-0 kepada Valencia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di tempat sendiri.

Melihat keputusan itu pada skrin besar di San Siro selepas perlawanan menentang Inter Milan, De Jong tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dan ianya boleh dilihat menerusi reaksi wajahnya pada rakaman video berikut.

De Jong memulakan kariernya bersama akademi Willem II sebelum menyertai skuad belia Ajax pada 2015 dan mula menembusi skuad utama pada tahun berikutnya.

Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani pra-kontrak perjanjian dengan Barcelona pada pertengahan musim 2018/19 dan melengkapkan perpindahan bernilai £65 juta pada musim panas lalu.

Pasukan Juara Belanda itu sudah tentu mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat De Jong apabila berjaya meraih kejuaraan berganda di peringkat domestik dan mara sehingga peringkat separuh akhir UCL pada musim lepas.

Ajax mempunyai hubungan yang baik dengan bekas pemain mereka, sehinggakan semasa De Jong disahkan bakal menyertai pasukan gergasi Eropah, Barcelona, pasukan itu menyewa sebuah bas dan mendapatkan satu muka penuh akhbar di Sepanyol bagi meraikan pemain itu.

Penyerang Valencia, Rodrigo menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama hasil rembatan kencang selepas menerima hantaran bijak Ferran Torres.

Ajax yang terdesak mencari gol penyamaan memperoleh beberapa peluang termasuk percubaan lewat permainan oleh Lisandro Martinez dan Hakim Ziyech. Namun penjaga gol Valencia Jaume Domenech tampil cemerlang malam itu untuk menafikan kemaraan Ajax.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN