UCL 2019/20: Di Maria Hancurkan Real Madrid, Hazard Sunyi

Aksi di antara PSG dengan Real Madrid pastinya menjadi tumpuan. PSG turun dengan skuad pincang di barisan serangan tanpa trio serangan utama mereka.

PSG menurunkan Mauro Icardi yang digandingkan dengan Angel Di Maria dan juga Pablo Sarabia.

PSG ternyata pasukan yang lebih baik dalam semua aspek dalam perlawanan ini. Mereka lebih banyak mencipta peluang berkualiti dan lebih tajam di hadapan gol.

Angel Di Maria menjadi watak utama dalam kemenangan PSG ke atas bekas kelab lamanya.

Di Maria membuka tirai jaringan pada minit ke-14, menewaskan Thibaut Courtois dengan rembatan ke near post. 

Dan pada minit ke-33, Di Maria sekali lagi meledak gol. Kali ini rembatan deras dari luar kotak penalti yang tidak terjangkau oleh Courtois.

Gareth Bale merupakan pemain terbaik Real Madrid pada separuh masa pertama. Beliau melakukan 2 percubaan gol penting. Salah satu daripada gol yang dibatalkan oleh VAR.

Eden Hazard lebih banyak berlari dengan gerakan neutral, tiada ancaman yang signifikan dihasilkan oleh beliau.

Bersambung babak kedua, Zinedine Zidane jelas mengarahkan Real Madrid untuk lebih fizikal dan menggandakan hantaran silang kepada target man. 

Benzema melakukan percubaan yang tepat ke gawang, namun ia dibatalkan kerana Lucas Vazquez berada di kedudukan ofsaid yang ada impak kepada visi Keylor Navas.

Tidak lama kemudian, Benzema melakukan tandukan yang sudah menewaskan Navas, namun bola sedikit tersasar.

PSG kemudian melancarkan beberapa lagi siri serangan, namun berjaya dipatahkan oleh Courtois.

Tibalah ke masa kecederaan, di mana Thomas Meunier memastikan PSG menang bergaya dengan 3 gol. Ia kombinasi di antara 2 bek sisi PSG.

https://twitter.com/i/status/1174427475226583041

Courtois terus mencipta rekod buruk di gawang gol Real Madrid.

PSG mengakhiri badi 25 tahun, tanpa kemenangan ke atas Real Madrid.

Real Madrid mencipta satu lagi rekod tak diingini dalam perlawanan ini, di mana mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat. Pertama kali sejak 2003/04 selepas 167 perlawanan

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN