UCL 2018/19: Penalti Salah, Penyudah Origi Beri Kejuaraan Ke-6 Buat Liverpool

Pertemuan dua kelab Inggeris di perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menjadi tumpuan setiap peminat sukan bola sepak dari seluruh dunia.

Liverpool dan Tottenham Hotspur, akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wonda Metropolitan, Madrid – sebagai kemuncak kepada saingan bola sepak peringkat kelab di Eropah pada musim ini.

Tidak tunggu lama

Liverpool memulakan sepak mula dalam perlawanan ini dan pantas melakukan serangan sejak wisel perlawanan ditiupkan.

Tidak perlu menunggu lama, Liverpool diberikan sepakan penalti, selepas Moussa Sissoko dipersalahkan untuk memegang bola di dalam kotak penalti – selepas cubaan menghadang cubaan Sadio Mane.


Sepakan penalti tersebut sedikit kontroversi selepas bola kelihatan hanya terkena bahagian bawah bahu Sissoko.


Tenang berhadapan dengan Hugo Lloris, bintang Mesir, Mohamed Salah tenang menyempurnakan sepakan untuk Liverpool mendahului seawal minit ke-2 perlawanan. Jaringan tersebut menjadikan Salah sebagai pemain Mesir pertama yang melakukan jaringan di perlawanan akhir UCL.

Sukar buat Spurs

Ketinggalan sejak babak awal perlawanan menjadikan ianya sukar buat Spurs. Walaupun berbekalkan peratusan pengawalan bola yang lebih tinggi pada babak pertama, Spurs hanya melakukan dua percubaan yang tidak tepat ke arah sasaran sepanjang separuh masa pertama perlawanan.


Liverpool sebaliknya memiliki dua percubaan tepat, daripada lapan percubaan dalam tempoh yang sama.

Trent Aleaxander-Arnold dan Andrew Roberson turut mempunyai peluang masing-masing pada babak pertama perlawanan – refleksi kepada corak serangan Liverpool yang gemar melakukan ancaman dari bahagian sisi.

Tidak banyak perubahan

Tidak banyak perubahan berlaku pada babak kedua perlawanan, apabila Mauricio Pochettino dan Jurgen Klopp mengekalkan kesebelasan utama pemain yang memulakan perlawanan.

Liverpool terus memberikan kesukaran buat Spurs melakukan gerakan-gerakan dengan sistem pertahanan di garis tinggi. Pada masa yang sama masih mampu melakukan gerakan melalui serangan, khususnya dari Sadio Mane.

Peluang terbaik Liverpool melebarkan kedudukan melalui percubaan pemain gantian James Milner pada minit ke-69, namun sekadar sipi di sebelah kiri gawang yang dikawal Lloris.

Percubaan tepat pertama dari Spurs dalam perlawanan ini tiba pada minit ke-73, apabila bola lambung Dele Alli mudah ditangkap kemas oleh Alison.

Penjaga gol Brazil itu kemudiannya cemerlang menafikan percubaan jauh dari Son Heung-Min, dan cubaan Lucas Moura dari dalam kotak penalti.


Harapan Tottenham untuk bangkit akhirnya punah oleh gol kedua Liverpool melalui percubaan kaki kiri Divock Origi pada ketika masa sebenar berbaki lagi tiga minit.

Harry Kane cuba melakukan ancaman pada lewat babak kedua perlawanan, namun turut gagal menewaskan Alison yang cemerlang sepanjang perlawanan.

Tamat perlawanan, Liverpool sah juara UEFA Champions League 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN